"Sebagai seorang ibu, saya bangga dengan keberanian, kebijaksanaan dan berdikari yang kamu (Fatima) tunjuk hari-hari.
"Semua itu buat saya sendiri rasa lebih kuat dan percaya yang kita berdua boleh jalani hidup ini dengan lebih bahagia, walaupun cuma kita berdua sahaja."
Demikian kata pelakon dan usahawan, Nur Fazura dimana dia meluahkan rasa bangga melihat keberanian anaknya iaitu Nur Fatima Aisya, 5, yang berjaya membuat persembahan tarian tradisi sempena hari kebudayaan di sekolahnya.
Dalam pada itu, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 42, telah berkongsi keterujaan sebagai seorang ibu, dimana baginya, ia juga menggambarkan kekuatan peribadi anaknya itu dalam menjalani kehidupan harian mereka bersama.
Fazura berkongsi perasaan kagumnya itu menerusi hantaran di media sosial miliknya yang turut menitip pesan kepada Fatima akan hubungan mereka yang sentiasa kekal walau berdepan pelbagai cab@ran.
Klik untuk gambar besar
"Ke mana pun kamu pergi, walau hidup bawa kamu jauh mana sekalipun, ingat, sayalah 'rumah' kamu, tempat kamu boleh pulang bila-bila masa," ujarnya.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen kagum dengan Fazura kerana walaupun sibuk dengan kerja, dia tetap ada masa untuk saksikan persembahan Fatima di sekolah.
Malah mereka berpendapat, rugi bagi mana-mana ibu bapa terlepas menyaksikan momen sebegitu.
"Fakta tentang Fazura, walaupun seorang wanita yang sangat sibuk, tetap ada masa buat anak.
"Sebagai seorang ibu memang akan ada rasa bangga, seronok dan sebak lihat setiap perkembangan anak. Jalan terus Fazura.
"Inilah momen yang anak-anak akan kenang bila mereka besar. Rugi kalau mana-mana ibu bapa ketinggalan momen tersebut," tulis netizen.
Untuk makluman, Fazura mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017, namun jodoh mereka berakhir pada 7 Oktober tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment