"P0ligami? Kalau ada yang cuba? Saya doa sajalah. Kita tak tahu manusia kan. Hati manusia ini Allah pegang. Memang lumrah dia berbolak balik. Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang."
Itulah ujar pelakon dan pengacara, Janna Nick dimana katanya, manusia boleh berubah serta berbolak balik, termasuklah hati suaminya sendiri, pelakon Dini Schatzmann.
Janna menerusi satu perkongsian video di media sosial memberitahu, dia hanya akan berdoa sekiranya rumah tangganya dig@nggu orang ketiga kerana baginya hati manusia Allah yang pegang.
Disamping itu, Janna turut mengulas mengenai perkara berkenaan dengan mengatakan, ramai yang selalu mengatakan suami yang akan berlaku cur@ng, namun bagaimana pula jika isteri berdepan ujian apabila mereka pula yang cur@ng.
"Orang semua duk cakap 'oh suami yang akan cur@ng'. Mana tahu satu hari aku yang cur@ng. Ujian itu kita tak tahu. Kita tak boleh letakkan kepada satu jantina saja," tuturnya dimana kata-kata itu menjadi perhatian.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Janna itu selain berkata, setiap rumah tangga pasti akan akan ujian masing-masing.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment