"Kita nak naik pelamin tahun depan," demikian ujar usahawan Noor Nabila menerusi perkongsian video di media sosial rakan baiknya, Rosix baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, Nabila dilihat bersama rakan baiknya itu di sebuah restoran bersama pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa, Che Ta dan anak lelakinya Ammar Effendy.
Ketika pertemuan itu, Che Ta terpukau melihat Nabila yang dilihat berbeza apabila bersua muka berbanding di media sosial.
Dapat didengar, Che Ta mengatakan Nabila memiliki wajah yang kecil dan usahawan itu sempat berseloroh mengatakan bahawa dia bakal kembali berumah tangga pada tahun hadapan.
Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 2017, sebelum bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia enam tahun.
Nabila kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan duda anak satu iaitu seorang ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac 2021, namun bercerai dua tahun kemudian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment