07 July 2025

"MAJORITI SUDAH BERTUDUNG... JADI KENALAH JAGA PERKARA MEMBABITKAN MARUAH & SEBAGAINYA" - ERIN HANYA SUMBANG IDEA UNTUK RES2, TAK SERTAI KONSERT 4U2C



"Walaupun tak dapat turut serta membuat persembahan (di konsert 4U2C), saya sumbangkan idea untuk persembahan dari sudut tarian. Saya berikan idea tarian yang ringkas dan tidak keterlaluan.

"Ini kerana faktor usia, memandangkan kami pun dah rata-rata dah berusia antara 40-an ke 50-an. Lagipun, majoriti sudah bertudung. Jadi, kenalah menjaga perkara membabitkan maruah dan sebagainya."

Itulah kata anggota kumpulan wanita, Res2 iaitu Erin, 50, dimana dia tidak turut serta dalam konsert 4U2C, namun tetap membantu menyumbang idea untuk kumpulannya itu membuat persembahan di WE 4U2C Live in Concert yang akan berlangsung pada 15 September ini di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Jelas Erin atau nama sebenarnya, Edrina Khalil, dia tidak dapat membuat persembahan bersama mereka kerana masih lagi dalam proses rawatan dan terapi selepas mengalami bell's palsy pada pertengahan Ramadan lalu.

Dalam pada itu, Erin berkata, empat lagi anggota Res2 iaitu Baby Arin, Umie, Watie dan Yatie akan terbabit dalam persembahan itu.

"Baby Arin maklumkan kepada kami, Res2 ditawarkan oleh Datuk AC Mizal dan isterinya untuk turut serta dalam konsert 4U2C," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Kini menetap di Johor, Erin dalam masa sama turut memberitahu, Umie yang menetap di Belanda akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ogos.

Walaupun tidak dapat hadir pada konsert itu nanti, Erin akan meminta rakan-rakannya merakam video persembahan mereka supaya dia dapat sama-sama menonton.

Terdahulu, 4U2C mengesahkan Res2 yang popular dengan lagu 'Kepastian' dan 'Pengertian' akan beraksi pada WE 4U2C Live In Concert nanti.

Pengurus ahli kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal, iaitu isterinya, Datin Emylia Rosnaida, 49, mengesahkan kemunculan Res2 pada konsert berkenaan.

Maklum Emylia, pemilihan Res2 dibuat kerana mereka antara kumpulan rap wanita yang handal menari.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: