Bertempat di Wisma Mofaz, Damansara, satu media set visit siri premium 'Bad Cop', telah diadakan untuk memperkenalkan watak-watak utama drama bersiri tersebut.
Menurut Jason Chong, iaitu Pengarah drama tersebut, meskipun ia berdasarkan sebuah siri asal Jerman 'Bad Cop', namun dia menerapkan ciri kekeluargaan, hubungan adik beradik, aksi lasak, suspen dan komedi bagi menepati selera tempatan.
Drama aksi oktana tinggi ini mengikuti kisah mencengkam seorang detektif polis yang terbunuh dalam baku tembak geng maut, memaksa adik kembar penjenayahnya untuk mengambil identitinya bagi memenuhi janji untuk melindungi keluarga mereka.
Klik untuk gambar besar
"Karakternya nampak mudah, tetapi apabila masuk sahaja set, saya terus demam dan hadapi banyak cabaran yang membuat saya menimba banyak pengalaman baru dunia lakonan.
Bagi pelakon asal Indonesia, Whulandary Herman tawaran yang diberikan padanya untuk watak Bad Cop, memang sesuatu yang dinantikan kerana ia dapat melakonkan sesuatu yang berbeza daripada sebelumnya.
"Sebelum berlakon bersama Aiman Hakim, saya terlebih dulu sudah meminta izin kepada isterinya, Zahirah MacWilson, agar tiada salah faham antara kami. Bukan apa, saya dan Zahirah memang rapat dan saya perlu menghormati hubungan tersebut," ujarnya.
Dalam sesi temubual yang sama, Tony Eusoff menyatakan dia tidak teragak-agak menerima watak antagonis demi menjayakan drama bersiri itu.
"Saya memang telah biasa dengan watak sebegitu, meskipun ada kalanya saya memegang watak orang baik dalam drama berlainan. Tapi kali ini saya mahu orang menonton watak jahat ini melalui perspektif dan sudut lain," katanya.
Untuk makluman, Bad Cop, terbitan Astro Shaw, yang berjumlah 6 siri ini bakal menemui penonton pada bulan Disember tahun ini - myartis
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment