"Ramai yang tanya betul ke Nabila berhenti kerja atau dia diberhentikan? Takkanlah dia diberhentikan pula. Atas dasar apa? Dia memang pekerja yang baik. Kalau nak ikutkan k0ntrak Nabila dengan syarikat penerbangan antarabangsa itu selama lima tahun.
Bila kita dah langg@r k0ntrak sudah tentu kena bayar pen@lti. Kalau ikutkan penalti yang dikenakan maksimum sehingga RM50,000 tapi sekarang ini pihak pengurusan syarikat penerbangan itu sedang membuat pengiraan sebenar. Harap taklah sampai jumlah tersebut."
Itulah jelas usahawan sens@si, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, 44, dimana dia tampil menjelaskan anak sulungnya, Nabila Razman bukan diberhentikan kerja seperti didakwa netizen, sebaliknya tidak mahu meneruskan kerjaya sebagai pramugari di Singapura.
Kata Kak KM, disebabkan itu, anaknya berdepan bayaran pen@lti sehingga RM50,000 selepas mengikut permintaannya untuk berhenti kerja, namun dia tidak kisah jika ada yang beranggapan dirinya terlalu memanjakan anak kerana baginya duit boleh dicari.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui kesil@pannya kerana meminta anaknya berhenti kerja kerana tidak sanggup melihat Nabila melakukan kerja berat.
"Dia tak cakap nak berhenti tapi saya yang minta Nabila untuk berhenti. Saya tak rasa dia boleh bekerja, tambahan pula ini pengalaman pertama dia bekerja. Kedua, dia tak pernah berjauhan dengan keluarga dan saya tak sanggup tengok dia kerja berat macam tu," tuturnya.
Selain itu, Kak KM dalam masa sama turut meny£lar dakwaan netizen yang mengatakan Nabila sebenarnya tidak pernah diterima untuk bekerja di syarikat penerbangan tersebut.
"Ada juga yang cakap belum dapat kerjalah itu sebab dia balik tapi kalau memang anak saya tidak terpilih, takkanlah dia sampai nak pergi ke negara tersebut.
"Jangan cakap seolah-olah mereka (netizen) ini tahu semuanya," katanya yang sebelum ini meluahkan rasa sedih apabila anaknya itu perlu berhijrah ke negara jiran untuk bekerja sebagai pramugari.
Sementara itu, Nabila menerusi sesi siaran langsung di media sosial memaklumkan, dia sudah pun berhenti dari pekerjaan sebagai pramugari, meskipun baru saja ke Singapura untuk menjalani latihan.
Bagaimanapun, kata anak Kak KM itu lagi, dia percaya ada hikmah disebalik keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai pramugari, malah dia yakin dengan rezeki serta berpendapat pekerjaan itu bukan untuk dirinya dan dia juga tidak gembira.
"Saya rasa tak boleh, pekerjaan itu bukan untuk saya. Saya pun tak gembira, mama pun menangis dekat rumah. Sudah tertulis, rezeki saya bukan dekat sana. Kerja dekat sana okay sahaja, cuma saya yang tak boleh.
"Mesti ada sebab mengapa Tuhan pusing hati saya. Tiba-tiba sahaja nak letak jawatan. Saya percaya semuanya ada hikmah," ujarnya yang turut meluahkan rasa syukur di atas peluang berkenaan, apatah lagi dalam ribuan yang memohon pekerjaan berkenaan dia antara yang terpilih.
"Saya nak ke peringkat itu bukan senang terutama ketika temu duga. Tapi Alhamdulillah saya cuba kali pertama sahaja dan terus dapat. Dalam ribuan orang yang mohon, saya antara orang yang dapat," katanya.
Terdahulu, Kak KM memberitahu, dia akan kerap ulang alik ke Singapura selepas anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari di sana, selain mengakui ris@u akan keselamatan Nabila, apatah lagi mereka pertama kali berjauhan.
"Sangat lama saya dan dia akan berjauhan. Untuk sejukkan sedikit hati, mungkin saya akan kerap ke sini. Sebab kalau Nabila nak balik ke Kuala Lumpur macam sus@h sebab cuti dia pun tak tetap.
"Saya dan keluarga akan kerap buat begitu sebab dia seorang saja di sini dan ini adalah kali pertama dia bekerja di luar negara," jelas Kak KM yang turut menitipkan pesanan dan nasihat buat anaknya itu supaya menjaga hubungan dengan Allah, lebih-lebih lagi apabila berjauhan dengan keluarga.
"Saya memang pesan kepada dia untuk jaga solat dan jaga diri sebab bila duduk jauh dengan mak macam-macam boleh berlaku. Saya paling t@kut kalau anak jadi liar.
"Macam mana nak pastikan perkara tak elok berlaku adalah kena solat. Walau dia pakai macam mana pun, solat tetap perlu dilakukan supaya dapat menghindarkan kita daripada perkara-perkara yang tak betul," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment