22 July 2025

SEDAR NETIZEN CUBA 'KENENKAN' AMMAR AHYAN DENGAN CIK B - DATUK SERI VIDA PUJI ANAK SULUNG ALIFF SYUKRI MATANG & JAGA SOLAT : "BIARLAH MEREKA SENDIRI TENTUKAN..."



"Ammar ini saya nampak dia seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Pernah masa dia datang ke rumah saya dan ketika itu dia sedang makan, tapi sebaik sahaja dengar azan dia terus berhenti. Dia pergi solat dulu, kemudian baru sambung makan. Saya perhatikan dia memang jaga waktu solat."

Demikian tutur usahawan sens@si, Datuk Seri Vida dimana dia menyifatkan anak sulung kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan sebagai seorang remaja yang matang dan bertanggungjawab, terutamanya dalam menjalankan peranan sebagai abang kepada adik-adiknya.

Dalam pada itu, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, berkata, sikap Ammar yang menjaga solat itu turut menarik perhatiannya sebagai seorang yang berdisiplin dan berpegang pada nilai agama.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Vida mengakui, dia menyedari terdapat netizen yang cuba kenenkan (menjodohkan) anak perempuannya, Cik B, dengan Ammar, namun dia men£gaskan soal jodoh bukan sesuatu yang boleh dipaksa dan dia lebih selesa membiarkan anak-anak menentukan sendiri perjalanan hidup mereka.

"Netizen cuba jodohkan Cik B dengan Ammar, tapi saya rasa biarlah mereka sendiri tentukan haluan masing-masing. Buat masa sekarang, Cik B memang belum terbuka hati nak suka sesiapa pun.
"Tapi memang ramai lelaki yang rapat dengannya. Cuma dia memang jenis yang sus@h nak suka orang. Apapun yang dia suka, saya akan sokong," ujarnya yang dalam masa sama men£gaskan, dia tidak berminat menggunakan hubungan antara Cik B dan Ammar sebagai bahan publisiti atau strategi pemasaran demi meraih perhatian.

"Saya tak mahu gunakan hubungan mereka ini untuk tarik publisiti. Sebab itu kalau perasan, saya lebih banyak berdiam diri. Kalau Ammar datang rumah, saya anggap itu perkara biasa saja. Tak ada apa-apa yang perlu dig£mbar-g£mburkan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: