09 July 2025

"APA YANG BERLAKU TERHADAPNYA SANGAT MENYENTUH HATI SAYA" - A AIDA TAWAR WATAK KHAS, DHARMA HARUN TERHARU & TAK SANGKA KEMBALI BERLAKON



"Saya sedih membaca kisah Dharma dan apa yang berlaku terhadapnya sangat menyentuh hati saya. Kebetulan pr0duksi saya bakal menjalani penggambaran telefilem, jadi saya minta olah semula jalan cerita dan reka watak khas yang sesuai dengan keadaan kesihatannya.

"Asalnya watak itu untuk seorang ibu, tetapi kami tukar kepada karakter seorang ayah. Ceritanya pun disesuaikan agar tidak memberi tek@nan kepada Dharma. Saya berharap peluang kecil ini dapat menyunt1k semangat untuk dia terus berkarya dan membina kembali keyakinan diri."

Demikian ujar penerbit Datuk A. Aida dimana dia menawarkan tawaran berlakon kepada pelakon veteran, Dharma Harun dalam sebuah telefilem yang bakal memulakan penggambaran dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar

Kata Aida, dia tersentuh membaca kisah Dharma yang berdepan tek@nan hidup selepas tidak menerima sebarang tawaran berlakon sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Aida juga berharap pertolongan kecil tersebut mampu mengurangkan b£ban dan bawa semangat baru Dharma untuk teruskan kehidupan.
Sementara itu, Dharma meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada A Aida atas tawaran berlakon kerana dia tidak sangka menerimanya, apatah lagi diusia sekarang 68 tahun.

"Saya ingatkan A Aida nak jumpa untuk melawat saja, tapi tak sangka dia datang bawa tawaran berlakon. Saya sangat berterima kasih. Saya terharu kerana di usia begini masih ada yang sudi menawarkan saya kerja.

"Saya dah lama tak berlakon sebab lebih aktif di belakang tabir sebagai penerbit. Tapi tawaran ini benar-benar mengejutkan saya. Ia membuktikan masih ramai yang ingat dan sayangkan saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: