08 July 2025

ATIKAH SUHAIME AKUI TAK PANDAI PAKAI BARANG BERJENAMA, MAHU DIDIK ANAK HIDUP BERSEDERHANA



"Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa cara saya humble jaga anak. Sebenarnya tak humble pun, saya ikut cara mama saya jaga anak dulu-dulu.

"Saya orang biasa sahaja, bukan lahir-lahir terus hidup senang. Jadinya memang saya tak pandai nak beli barang mewah.

"Lainlah kalau saya lahir dari keluarga macam suami, pandailah saya pakai barang brand. Cumanya saya bernasib baik sebab berkahwin dengan suami."

Klik untuk gambar besar

Demikian jelas pelakon Datin Atikah Suhaime menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia mahu mendidik anaknya, Lyla Mulan Teh mengikut cara ibunya membesarkan anak-anak zaman dahulu.

Kata Atikah, dia bukan dari keluarga senang serta tidak pandai membeli barangan jenama mewah, selain menganggap dirinya bernasib baik berkahwin dengan suami, Datuk Lukman Teh.
Dalam pada itu, Atikah turut menyifatkan semua ibu diluar sana adalah individu yang hebat dan berharap orang ramai tidak membuat perbandingan cara dia mendidik anak.

"Jadi mungkin cara saya sedikit berbeza dengan orang lain. Walau macam mana pun, semua ibu hebat, tak kisah pakai barang berjenama atau tidak. Tidak perlu pun untuk membanding-bandingkan dengan orang lain cara mendidik anak," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: