"Ayah saya Zamzam bukan bapa kandung saya, dia ayah tiri saya. Saya dah sampai satu fasa dalam hidup tak kisah kalau orang tahu."
Itulah kata pelakon Ramona Zamzam, 35, menerusi satu p0dcast, dimana dia mendedahkan dirinya tidak pernah kenal dengan bapa kandungnya memandangkan ibu bapanya berpisah ketika dia masih kecil.
Dalam pada itu, Ramona turut berkongsi rahsia bahawa bapanya yang kini iaitu Zamzam adalah bapa tirinya, dimana beliau yang sudah menjaganya sejak kecil.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, ujar Ramona atau nama penuhnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, bapanya itu seolah tidak berminat untuk berjumpa, malah tidak pernah berusaha mencarinya, sebaliknya membiarkan ibu membesarkannya.
"Saya tak kenal bapa kandung saya. Dia tak cari saya, saya pun tak cari dia. Saya cuba cari dia, masa kecil pernah bercakap di telefon. Tapi macam saya je yang teruja nak jumpa dia.
"Mak dah kahwin lain masa tu, dengan bapa sekarang. Tapi masa cakap di telefon, saya masih ingat dia cakap 'Mak awak kerja, jadi biarlah mak jaga awak'.
"Dari situ saya sedar dia memang tak peduli pasal cari, tiada usaha nak cari saya dan itu yang menguatkan semangat saya untuk teruskan kehidupan," jelasnya.
Meskipun begitu, Ramona berkata, dia dibesarkan penuh kasih sayang oleh bapa tirinya, sekali gus membuatkannya sangat menghargai lelaki itu.
"Ayah tiri saya, Zamzam, sangat istimewa dalam hidup saya. Walaupun bukan ayah kandung, tapi hubungan kami sangat rapat. Dialah yang membesarkan saya dan memberikan kasih sayang seperti anak sendiri," ujarnya yang mahu beri fokus kepada keluarga.
Sementara itu, Ramona memberitahu, kehidupannya kini agak mencab@r apabila kesihatan bapa tirinya semakin merosot selepas disahkan lumpuh, selain dia juga lebih banyak memfokuskan kepada keluarganya berbanding perkara lain.
"Sekarang fokus saya adalah kepada keluarga, terutamanya ayah. Keadaan kesihatan ayah yang semakin mer0sot dan lumpuh menjadikan perjalanan ini sangat mencab@r dan menyedihkan. Ia satu perjalanan yang benar-benar mencab@r buat saya yang orang lain tak tahu," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment