"Sesiapa kenal wanita ini? Boleh kongsi dengan saya maklumat melalui DM? Sebab saya nak ajak dia borak, dia 'seen' saja. Tadi rancak sangat."
Demikian kata pelakon Ruhainies, 33, yang berasa b£rang apabila seorang wanita menuduhnya mempunyai 'sug@r d@ddy' sehingga menjadi punca masih belum berumah tangga sehingga kini.
Enggan berdiam diri, Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, bertindak mencari wanita berkenaan serta berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat.
Perkara itu dikongsikan oleh Ruhainies menerusi media sosial miliknya, dimana dia turut memaparkan foto serta komen yang ditinggalkan wanita berkenaan.
"Sudah 33 tak nak kahwin ke? Oh ya sugar daddy belaan tak bagi kahwin ke? nanti elaun bulanan kena henti," komen wanita tersebut, dimana dia mula memadam gambar profil di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Ujar pelakon itu lagi, dia ingin mengetahui maklumat lanjut tentang dakwaan yang dilakukan wanita tersebut.Berhubung itu, Ruhainies berkata, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan yang dilemp@rkan terhadap dirinya.
"Saya cuma tanya mana dia dapat maklumat itu saja. Sebab saya sendiri pun tak tahu daripada mana. Sebab kalau dia betul ingat nak kasi dia hadiah sedikit sempena ulang tahun kelahiran saya ini. Kalau tak betul kita jumpa di balai?" kongsinya.
Selain itu, Ruhainies meluahkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital akib@t dem@m panas berlarutan selama tiga hari iaitu dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya.
Ruhainies menerusi hantaran di media sosial, mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang dia dirawat di hospital.
"Dimasukkan ke wad dua hari sebelum sambutan hari lahir, selepas tiga hari mendapat dem@m panas berlarutan. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dalam proses pemulihan sekarang.
"Berbanyak terima kasih kepada pasukan doktor yang bagus dan jururawat yang menjaga saya dengan sangat baik," tuturnya yang turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap kesihatan diri sendiri dan menitikberatkan gaya hidup sihat.
"Kepada semua, minum banyak air dan jaga kesihatan anda dengan baik. Kesihatan adalah kekayaan," tulisnya pada hantaran tersebut, dimana foto yang dikongsikan memaparkan dia tetap nampak ceria, meskipun berada di katil hospital.
Perkongsian Ruhainies itu juga menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan selebriti yang turut mendoakan agar dirinya segera sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment