30 July 2025

TAMPIL PERTAH4NKAN GELARAN 'DATUK' SUAMI NELYDIA SENROSE - UQASHA BANGGA ADA ADIK DATIN : "KALAU DIA BENAR-BENAR MAHU MEMBELI GELARAN, SUDAH LAMA DIA BOLEH BELI"



"Pihak yang dapat gelaran Datuk adalah suami dia (Nelydia Senrose) dan automatik Datinlah (gelaran untuk adik). Banggalah, ada adik Datin.

"Jadi, apabila saya baca ada yang cakap Datuk (pingat) 'beli' dan sebagainya, apa yang saya boleh cakap, suami dia memang seorang usahawan. Kalau dia benar-benar mahu membeli gelaran, sudah lama dia boleh beli.

"Adik ipar saya juga berdar@h kerabat Terengganu dan dia banyak terbabit dalam projek sektor perumahan dan pembangunan. Atas dasar sumbangan itulah darjah kebesaran diberi."

Itulah jelas pelakon Uqasha Senrose dimana dia tampil mempertah@nkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang diterima adik iparnya, Datuk Hafez Halimi baru-baru ini, sekaligus adiknya yang juga pelakon, Nelydia digelar Datin.

Klik untuk gambar besar

Dalam kenyataan itu lagi, Uqasha menafikan darjah kebesaran itu 'dibeli' seperti didakwa netizen, sebaliknya adik iparnya itu menerima atas sumbangan kepada masyarakat dalam sektor perumahan dan pembangunan, selain Hafez merupakan seorang usahawan serta banyak terbabit dalam projek hartanah.

Men£pis krit1kan warganet yang mempertik@ikan gelaran terbabit, Uqasha yang mengenali peribadi dan latar belakang adik iparnya itu berkata, usaha-usaha Hafez wajar diberi pengiktirafan.

"Pada pandangan saya, dia banyak terbabit dalam pembangunan, perumahan dan sebagainya. Mungkin daripada situ Sultan Pahang berkenan menganugerahkan gelaran Datuk kepadanya," ulasnya.

Pada Sabtu lalu, Hafez dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: