29 July 2025

ADA MAS4LAH JANTUNG - BADAN RENGGO ARROW ALAMI KESUSUTAN



"Ramai yang terkejut. Setiap kali jumpa mesti terkejut dan tanya kenapa kurus sangat? Saya jawab tak apalah, yang penting saya sihat. Saya ada mas@lah jantung membabitkan paru-paru. Dia masuk air. Air masuk, bila pam jantung sekali dengan air.
"Jadi doktor menasihatkan saya agar kurangkan minum air. Saya ikut sahaja dan hanya minum 1.5 liter air sehari. Tak mengapa kita ada jalan penyelesaian.

"Doktor ada bagi ubat untuk buang air. Kalau kata kita rasa macam tak selesa, kita tahulah diri kita kan. Cuma kalau ubat tu, kita akan buanglah air."

Demikian ujar penyanyi Renggo Arrow atau nama sebenarnya, Mohd Zain Ramli, 57, dimana dia berkata, berat badannya sebelum ini adalah 75 kilogram (kg), namun kini hanya tinggal 60kg.

Fizikal Renggo yang dahulunya segar bugar kini dilihat menyusut selepas disahkan menghidap mas@lah jantung sejak 2023.

Renggo yang popular menerusi lagu 'Aku Tak Mar@h', 'Sendu Dihatimu', 'Rindu Dijiwaku' serta banyak lagi meluahkan rasa syukur kerana masih boleh bekerja, iaitu menyanyi.

"Itu yang pentingnya. Menyanyi adalah benda yang paling saya minat dan ia adalah sumber pendapatan yang paling utama," tuturnya yang turut memberitahu, dia yang kini menetap di Jenjarum, Selangor bersama anak-anak itu sudah berpisah dengan isteri keduanya, Roshila Mohd yang tinggal di Taiping.

"Saya kini hanya mempunyai isteri, Hairoliza Hanafi, yang tinggal di Sarawak. Saya balik Jenjarum kerana anak-anak dan selalu juga balik Sarawak.

"Saya selalu sibuk pergi dua tempat ini. Isteri saya berjawatan pegawai tinggi dengan kerajaan negeri Sarawak. Dengan yang ini belum ada rezeki untuk dapat anak.

"Sebelum berkahwin dengan Hairoliza, saya pernah kahwin dengan warga Thailand dan dapat dua anak, manakala dengan Roshila pula enam anak," jelasnya.

Sementara itu, Renggo bersama sembilan artis lain iaitu Blank (Gamma), Aan (Ways), Burn (Meditasi), Isa (Gravity), Azan (Scan), Shafie (Rio), Afee (Utopia), Wom (UG14) dan Aju (Success) akan beraksi dalam Konsert Jelajah Nostalgia Rockestra 90'an di RCDbig Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Konsert anjuran 211 Even Empire yang akan menampilkan orkestra ini akan berlangsung pada 27 September depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: