"Bercakap soal ruang (rujuk) perkara ini sudah pun selesai. Sus@h nak cakap sebab bila dah tak ada persefahaman ni kan? Persefahaman itu penting.. kami sudah tak ada persefahaman itu. Kami berdua dah cuba tapi mungkin ini yang terbaik."
Itulah kata penyanyi Hafiz Suip dimana dia seolah memberi gambaran tiada jalan untuk dia dan bekas isterinya, Nureffy Jasrel kembali bersama selepas sah bercerai pada 29 Mei lalu.
Ujarnya, sal@h satu punca mereka bercerai kerana tiada persefahaman dan mereka sudah berusaha untuk selamatkan rumah tangga, selain turut mengakui, bukan mudah memegang status bapa tunggal namun dia reda melalui ujian tersebut.
Klik untuk gambar besar
Hasil perkahwinan dengan Nureffy pada 14 Mei 2016, Hafiz dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun, yang kini diberi hak penjagaan kepada bekas isterinya kerana menganggap ibu merupakan tempat perlindungan bagi anak-anak.
Dalam perkembangan lain pula, Hafiz bakal mengadakan konsert solo berskala besar 'Di Sebali Aku: Hafiz Suip' yang dianjurkan oleh SAH Entertainment, dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 1 November depan.
Dalam pada itu, Hafiz turut berbesar hati sekiranya bekas isteri dan anak-anaknya itu dapat hadir menyaksikan persembahannya pada malam konsert itu nanti, dimana ia bukan sekadar persembahan muzik biasa, sebaliknya menjanjikan pengalaman em0sional yang menyentuh hati.
"Saya menerima dengan tangan terbuka bukan sahaja anak-anak tetapi kalau dia (bekas isteri) nak datang ke konsert, saya sangat alu-alukan. Bagi saya, tidak mahu wujud sebarang dendam. Kita ini manusia, kalau boleh kita nak berkawan dan berdamai tetapi jodoh kami sudah sampai di sini sahaja," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment