29 July 2025

BEKAS ISTERI LANGG4R PERINTAH MAHKAMAH - HAFIDZ ROSHDI LUAH RINDU PADA ANAK-ANAK, DAH LEBIH SETAHUN TAK JUMPA : "SANGAT-SANGAT RINDU... BOLEH KATA, DUA HARI SEKALI ITU MESTI TERMIMPIKAN MEREKA"



Pelakon Hafidz Roshdi, 31, meluahkan rasa rindu amat sangat terhadap dua anaknya, Humaira dan Umar yang kini berada di Australia bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Kongsi Hafidz, dia kerap mimpikan kedua-dua anaknya itu, malah dia ubati rasa kerinduannya dengan melihat gambar serta video lama Humairah dan Umar selepas gag@l menghubungi mereka sejak lebih setahun lalu kerana dis£kat oleh bekas isteri di pelbagai platform.

"Sangat-sangat rindu. Boleh kata, dua hari sekali itu mesti termimpikan mereka. Termimpi berjumpa dengan mereka. Untuk ubati rasa rindu, saya cuba kuatkan dirilah. Tengok gambar-gambar dan video-video lama.

"Sebelum ini, ada saya berhubung dengan anak-anak melalui panggilan telefon. Tapi, sekarang ini dah tak dapatlah. Kali terakhir, sebelum mereka pergi Australia Mei tahun lalu. Setahun dah tak dapat hubungi anak-anak," tuturnya.

Dalam perkembangan lain mengenai kerjaya seni pula, Hafidz memberitahu, dia masih lagi menantikan dan terbuka untuk menerima sebarang tawaran lakonan.

"Saya baru selesai menjalani penggambaran program bual bicara. Baru-baru ini juga, saya menjadi pengacara siaran langsung di media sosial untuk jenama pakaian Tuan by Tengku Kery dan masih berjalan.

"Jadi, sumber pendapatan saya adalah dari situ memandangkan belum lagi ada tawaran lakonan. Kepada penerbit dan pengarah di luar sana yang tahu mengenai situasi saya, berilah saya peluang untuk kembali berlakon semula," katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, di sini, hari ini menetapkan tarikh 30 September untuk keputusan tuntutan hadanah Hafidz yang menuntut hak penjagaan ke atas dua anaknya.

Peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Hafidz bersama dua saksi sudah memberikan keterangan dan pihaknya memohon kepada mahkamah untuk meneruskan k£s ini memandangkan bekas isterinya tidak hadir.

"Alhamdulillah tadi perbicaraan penuh untuk tuntutan hadanah penuh dah selesai. Hafidz dah bagi keterangan dengan dua orang saksi dan mahkamah berikan satu tarikh untuk masuk hujah bertulis dan keputusan.

"Jadi, memang Syuhada tak datang dan tak ada apa-apa penjelasan atau apa-apa diberi melalui surat dan sebagainya. Tak ada apa-apa.

"Jadi, bererti dia memang tak ambil peduli langsunglah. Saya pun mohon untuk k£s diteruskan tanpa kehadiran dia dan mahkamah pun benarkan. Hafidz dah bagi keterangan diikuti saksi pertama, saksi kedua. Kita panggil dua orang saksi.

"Semuanya dah selesai bagi keterangan dan mahkamah pun benarkan kami untuk menutup k£s dan masuk hujah. Tarikh keputusan adalah pada 30 September ini," jelasnya.

Menurut Akberdin, Shuhada yang diberikan perintah int£rim hadanah sebelum ini melangg@r perintah mahkamah, yang memberi keizinan kepada Hafidz untuk melawat anak-anak mereka.

"Sebelum ni, sejak 30 April, mahkamah memberi perintah int£rim hadanah kepada Syuhada dan memberi kepada Hafidz hak untuk melawat anak-anak.

"Sewaktu cuti sekolah, hakim dah bagi perintah yang sp£sifik bahawa Shuhada kena serahkan kepada dia masa cuti sekolah selepas itu, tapi itu pun tidak dipatuhi.

"Jadi, perkara ini pun sudah dimaklumkan kepada mahkamah. Pendek kata, sejak Ogos 2023 sehingga hari ini, Hafidz atau keluarganya tak pernah berjumpa dengan kedua-dua anak, Humairah dan Umar.

"Mahkamah mungkin beri dia peluang untuk dia balik, sebab itu, hak jagaan int£rim itu diberikan kepada Syuhada dan hak lawatan masa cuti sekolah diberikan kepada Hafidz selepas 30 April itu. Tapi, itu pun dia tak patuhi. Jadi, dia macam tak ambil peduli sama sekali dengan proses mahkamah di sini," katanya.

Dalam pada itu, Hafidz berharap agar keputusan yang akan dikeluarkan mahkamah pada 30 September ini akan memihak kepadanya.

"Saya berharap keputusan yang baiklah untuk pihak saya. Itu saja. Saya berharap saya dapat jumpalah dengan anak-anak saya. Saya tak kisah apa keputusan. Sekurang-kurangnya saya dapat jumpa dengan anak saya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: