23 July 2025

BERSUKAN PAKAI BAJU LONGGAR - ISTERI IMRAN AQIL, DAHLIA RIZAL DIPUJI 'REAL MUSLIMAH'



Isteri kepada pelakon Imran Aqil iaitu Dahlia Rizal baru-baru ini menerusi media sosial ada memuat naik videonya sedang bersukan selepas dua bulan melahirkan cahaya mata sulung.
Menerusi video tersebut, Dahlia yang merupakan pemp£ngaruh media sosial itu dilihat bermain sukan 'pickleball' sambil mengenakan pakaian berwarna hitam.

Perkongsian Dahlia itu menjadi perhatian, dimana rata-rata netizen memuji penampilan isteri Aqil ini yang tetap tampil sopan apabila mengenakan pakaian longgar meskipun sedang bersukan.

Bukan itu sahaja, malah ada yang mengatakan, bersukan tak semestinya perlu tampil dengan pakaian ketat, selain ada juga yang meminta Dahlia berkongsikan dari mana dia dapatkan pakaian sukannya itu.

Disamping itu, ada yang melabel Dahlia 'real muslimah' kerana masih menjaga aurat, meskipun bersukan serta boleh menjadi inspirasi buat wanita diluar sana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: