23 July 2025

BILA IBU ALIFF SYUKRI BELA ANJING K9, SIAP ADA MIKRO CIP DALAM BADAN : "PELIHARA ANJING TUJUAN KESELAMATAN..."



"Anjing yang saya beli ini ada sijil keturunannya, sekiranya ada orang nak cur1 di dalam badan anjing ini ada mikro chip. Bonda minta Orang Asli jagakan.

"Saya beli anak-anak anjing dan proses melatih ada orang yang akan ajar. Pelihara anjing untuk tujuan keselamatan... dan ladang yang luas di puncak hutan."

Demikian jelas ibu kepada usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita, dimana usahawan itu berkongsikan bahawa dia ada membela dua ekor anjing jenis K9 yang baru berusia 8 minggu.

Klik untuk gambar besar

Bonda Rozita yang berkongsikan perkara itu menerusi media sosial miliknya ini berkata, anjing jenis K9 yang akan dilatih oleh individu yang layak, sering digunakan oleh pihak polis dalam sebarang operasi pencarian dan turut disifatkan sebagai anjing yang cerdik serta kuat.

Menurutnya lagi, anjing dibelinya itu turut mempunyai sijil keturunan serta cip mikro di dalam badannya, dimana ia mudah untuk dijejaki bagi mengelakkan kecur1an, akan dilatih oleh individu yang laya
Tambahnya, anjing berkenaan dipeliharanya bagi tujuan keselamatan terutamanya di kawasan ladang miliknya yang agak luas terletak di puncak hutan.

Dalam pada itu, Bonda Rozita turut menjelaskan tujuan dia membela anjing berkenaan bukan untuk digomol, selain memberitahu, suaminya akan mandi air tanah (sertu) setiap kali menguruskan anjing-anjing berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: