27 July 2025

BILA ABBY ABADI SANGGUP TONTON FILEM 'S£MBILU' 6 KALI DEMI NAK JADI SEPERTI ERRA FAZIRA : "ANTARA SEBAB BERMINAT NAK JADI ARTIS..."



"Saya pernah beritahu Erra antara sebab berminat nak jadi artis kerana mahu jadi seperti Erra Fazira. Peng@ruh awal paling kuat dalam kehidupan saya adalah filem 'S£mbilu'. Enam kali saya pergi tengok dekat pawagam walaupun duit tidak berapa nak ada ketika itu."

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, 48, dimana dia memberiahu primadona, Erra Fazira adalah individu yang banyak memberi peng@ruh buatnya ketika berkongsi pengalaman awal pembabitan dalam dunia seni.

Ujar Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, dia mengagumi lakonan Erra sejak remaja dan disebabkan itu, dia sudah lama memasang impian untuk bergelar artis seperti idolanya.

Klik untuk gambar besar

Jelas anggota kumpulan Elite itu lagi, dia sanggup menonton filem lakonan Erra berjudul 'S£mbilu' berulang kali di pawagam.

Dalam pada itu, Abby yang menulis perkara tersebut di media sosial miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar mereka bersama dalam satu majlis, berkata, bukan hanya daripada segi lakonan, malah gaya hidup Erra juga menjadi ikutannya ketika dia remaja.

"Rajinlah saya berangan nak sentiasa cantik. Gigih beli majalah hiburan sebab minat dan sentiasa mengikuti segala yang berkaitan Erra. Sebab itu saya tahu Erra pakai toner dari muda. Jenama apa pun saya tahu," ujarnya.
Disamping itu, Abby turut berkongsi lanjut dengan mengenang semula ketika dia hanya menjadi pelakon tambahan dan menerima bayaran tidak seberapa.

"Tahun 1995 atau 1996 masa sibuk nak jadi artis, dapatah watak tambahan filem Datuk Yusof Haslam. Seharian meramaikan babak dalam disko. Tahu dapat berapa? Pilu nak sebut... pengalaman berharga yang mendewasakan.

"Nak sangat jadi artis Allah izinkan. Nak jadi Erra Fazira, dapat juga berlakon dengan dia. Banyak kenangan indah bersama," jelas Abby yang pernah digandingkan bersama Erra dalam filem 'Pasrah' pada tahun 2000 dan 'Gerak Khas The Movie' (2001).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: