"Alhamdulillah, berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan kita dapat beli sebuah private jet. Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin."
Demikian kata usahawan sens@si, Datuk Aliff Syukri, dimana dia mendakwa akhirnya berjaya memiliki sebuah jet peribadi hasil titik peluhnya menjual jeruk mangga bersama anak sulung, Ammar Ahyan.
Aliff yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, turut memuat naik video dia dilhat teruja bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam.
Dalam video berkenaan, ia memaparkan Aliff bersama anaknya itu melakukan lawatan ringkas di dalam pesawat tersebut.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan harga jet peribadi yang kononnya dibeli dan dimiliki Aliff.
Namun, berdasarkan hasil carian, model pesawat Cessna 172 antara model paling laris dianggarkan sekitar RM1.6 juta.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment