"Lagu pun banyak, lirik pula bermacam-macam. Ada yang maksudnya pun kita sendiri suk@r faham. Mungkin seseorang guna lagu itu kerana sekadar suka, bukan kerana mahu menyampaikan sesuatu mesej tersembunyi.
"Sp£kulasi netizen memang tidak dapat kita halang, tapi semuanya bergantung kepada diri kita sendiri," itulah ujar pemp£ngaruh media sosial, Ahmad Aslam ketika mengulas mengenai hantaran dimuat naik isteri keduanya yang juga pemp£ngaruh, Marissa Dania Hakim baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Marissa menggunakan lagu berlirik puitis nyanyian penyanyi Indonesia, Shabrina Leanor berjudul 'Pendampingmu' berserta dengan tanda pagar 'Tahta Hatiku'.
Dalam pada itu, menantu kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi dan Norman Hakim ini berkata, hantaran terbabit menc£tuskan pelbagai andaian netizen mengenai keadaan rumah tangga mereka.
Selain itu, Aslam turut men£gaskan penggunaan lagu dalam hantaran media sosial tidak semestinya membawa maksud tersirat seperti yang ditafsir sesetengah pihak.
Mengulas lanjut, kata Aslam, dia sentiasa berusaha menasihati kedua-dua isterinya serta tidak meletakkan sebarang tek@nan terhadap apa yang dikongsi mereka di media sosial.
"Saya selalu menasihati dan memberi teguran kepada mereka. Apabila mereka memuat naik hantaran yang menjadi buah mulut orang, saya akan beri nasihat sebaik mungkin.
"Selebihnya, saya serahkan kepada mereka untuk menilai dan membuat keputusan sendiri. Setakat ini, rasanya tiada perg@duhan yang membabitkan hantaran di media sosial," jelasnya.
Sebelum ini, perkongsian Marissa di media sosial meraih perhatian ramai apabila lirik lagu yang digunakan dalam latar video dipercayai menyentuh soal perasaan dan hubungan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi serta sp£kulasi dalam kalangan pengikut mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment