21 July 2025

SELAMBA CIUM KEKASIH DI KHALAYAK RAMAI - TINDAKAN YAZMIN AZIZ DIPERS0AL



Tindakan penyanyi Yazmin Aziz, 24, yang tanpa segan silu bertindak mencium teman lelakinya, Simon Joseph Javier baru-baru ini telah menjadi bualan netizen yang tampil mempers0alkannya.

Ciuman itu berlaku selepas teman lelaki penyanyi berkenaan dinobatkan sebagai Mister National Universe anjuran Mister International Philippines 2025 (MIPH 2025) yang berlangsung di Manila pada malam Ahad.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial itu, ia memaparkan Yazmin mengenakan gaun berona hitam memeluk Simon, sebelum mereka saling membal@s ciuman yang turut diiringi sorakan ramai.

Yazmin yang kelihatan begitu gembira sebaik Simon dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori terbabit sebelum itu dilihat melompat beberapa kali kerana teruja dan mengucapkan kata-kata indah atas kejayaan teman lelakinya itu.

"Ciuman pemenang Mister National Universe MIPH 2025, Simon dan teman wanitanya, Yazmin Aziz," tulisnya pada perkongsian itu yang tidak mendapat reaksi neg@tif daripada netizen memandangkan Yazmin adalah wanita beragama Islam.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, ada juga mempertik@ikan kenyataan Simon yang dikatakan mahu mencium Yazmin selepas sudah bernikah.

"Simon kata dia nak cium kekasih pada hari perkahwinan mereka, dia memang tak boleh percaya!"

"Mana boleh (cium) dia kan Islam? Islam atas kad pengenalan saja," antara komen-komen netizen.

Sebelum ini, Yazmin mengakui, dia sedang menjalin hubungan asmara bersama Simon selepas berkenalan menerusi media sosial.

Ujarnya lagi, dia terpikat dengan sikap penyayang yang dimiliki kekasih hatinya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: