Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini ada memuat naik perkongsian video berdurasi satu minit lebih di media sosial, dimana dia dilihat mengalunkan selawat tafrijiyyah.
Bagaimanapun, perkongsian Zarina itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang dengan alunan selawat daripada pelakon berkenaan.
Malah terdapat juga netizen yang mendakwa mereka mendapat d0sa tanpa sedar kerana menyifatkan suara pelakon itu tidak merdu untuk didengar.
"Kali pertama dengar selawat tapi dapat d0sa." - "Akak buat pahala, tapi saya dapat d0sa.
"Saya dengar nak dapat pahala, tapi dosa pula yang datang." - "Saya k£liru nak dapat pahala atau d0sa ni," itu antara komen-komen netizen.
Klik untuk gambar besar
Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 870,000 tontonan dan menerima lebih 4,000 komen yang kebanyakannya mengkrit1k dan mempers0alkan tindakan Zarina berkongsi rakaman tersebut.Bagaimanapun, masih ada juga segelintir yang terhibur dengan perkongsian berkenaan dan menganggap niat Zarina adalah baik untuk menyemai amalan berselawat.
Sementara itu, Zarina memberitahu, video itu asalnya dirakam untuk simpanan peribadi selepas terinspirasi daripada sahabatnya yang gemar berselawat di dalam kereta.
"Saya selalu dengar kawan saya berselawat dalam kereta, jadi saya tertarik untuk berselawat sama. Itu yang saya rakamkan untuk diri sendiri," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment