21 July 2025

DAKWAAN SARA SUAMI, UBAI - SHILA AMZAH TAMPIL NAFI : "SEMUA TU TAK BERASAS LANGSUNG... SAYA LEBIH CERIA & BAHAGIA"



Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan penyanyi Shila Amzah, 35, menyara suaminya, Ubai MZ atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27 kerana lelaki itu tidak bekerja.

Berhubung dakwaan itu, Shila menafikan tuduhan terbabit dengan berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas kerana ia hanya dakwaan segelintir pihak tanpa mengetahui hal sebenar.

"Semua tu tak berasas langsung. Kalau betul, tak mungkin saya bahagia seperti sekarang. Tak perlu pergi jauh, tengok saja gambar-gambar saya dalam media sosial dari tahun 2023 ke atas dan bandingkan dengan sekarang. Saya lebih ceria dan bahagia. Biar gambar yang menjawab segala-galanya.

Klik untuk gambar besar

"Dia bertanggungjawab dan melindungi saya dan perkahwinan kami. Kalau boleh, dia tak mahu langsung perkara-perkara tak elok berlaku, apatah lagi anak-anak kami pun dah besar," katanya.

Ujar Shila lagi, Ubai sangat matang, meskipun usia suaminya itu lapan tahun lebih muda daripadanya.

Sebelum ini, Ubai dikec@m di media sosial yang mendakwa dia tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan Shila.
Ubai kemudian tampil membela diri dan memuat naik beberapa komen netizen termasuk meny£lar tindakan individu terbabit yang disifatkan fitn@h dan melamp@ui bat@s itu.

Untuk makluman, Ubai dan Shila berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira.

Shila juga mempunyai seorang anak lelaki, Seth Uwais hasil perkahwinan pertamanya dengan Haris Edraki.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: