17 July 2025

BILA ANAK GADIS ALIFF SYUKRI 'TAK NAK KAHWIN', MAHU TINGGAL BERSAMA ABAH & MAMA : "TAK PAYAH BAYAR BIL API AIR"



Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung yang dimuat naik semula oleh pengguna media sosial, anak gadis kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra, memilih untuk mendirikan rumah tangga di usia 40-an kerana mahu tinggal bersama ibu bapanya.
Dalam perkongsian itu, Qadejah atau Cess yang kini berusia 15 tahun, berkata, dia mahu tinggal bersama ibu bapanya sehingga usia 30 tahun, selain mahu melanjutkan pelajaran di luar negara dan jika mahukan apa-apa, dia boleh meminta daripada ibu bapanya.

"Saya akan duduk rumah ini sampai 30 tahun, saya tak nak kahwin. Baik duduk dengan abah, tak payah bayar bil api air. Kalau nak baju, minta mama je.

"Kenapa saya patut duduk dengan orang lain? Saya ada mama abah. Saya rela duduk sini dari tempat lain. Saya nak belajar dan pergi luar negara. Kalau kahwin pun tunggu umur 45 tahun ke," katanya.

Disamping itu, Qadejah dalam masa sama turut menjelaskan, dia rasa tidak rugi berkahwin lambat kerana dia tinggal dengan ibu bapanya, selain menyifatkan dirinya beruntung.

"Saya tak rugi, saya untung sebab tak perlu bayar apa-apa. Saya tak akan minta lelaki yang saya tak kenal untuk shopping. Kalau nak apa-apa saya minta abah je," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: