18 July 2025

"SUMBANGAN MEMANG PENTING TAPI BUKAN INI YANG SAYA PERLUKAN SEBALIKNYA TAWARAN KERJA" - DHARMA HARUN



"Ramai juga kawan-kawan artis lama yang datang berziarah seperti Datuk DJ Dave, Noorkumalasari dan Haiza. Apabila mereka datang, kami bercerita kisah-kisah lama. Saya rasa macam 'hidup' balik. Apabila saling tukar cerita saya terus jadi lebih ceria.

"Cuma apabila mereka semua balik, saya kembali bersendirian di rumah. Aktiviti saya hanya tonton televisyen. Anak-anak pula pergi belajar. Cuma kalau ada pekerjaan, keadaan mungkin berbeza.

"Sumbangan memang penting tetapi bukan ini yang saya perlukan sebaliknya tawaran kerja. Tapi terus terang, duit nombor dua, paling utama adalah kerja.

"Bagilah saya kerja. Bila ada kerja, automatik duit boleh datang. Saya berpengalaman menerbitkan program Deko Ibadah sekitar tahun 2020."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata pelakon veteran, Dharma Harun, 68, dimana dia yang ingin bangkit daripada kesempitan hidup itu berharap ditawarkan pekerjaan berbanding perlu bergantung dengan sumbangan orang ramai semata-mata.

Ujar pelakon filem 'Adik Manja' itu, selain berlakon, dia juga mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa rancangan sebelum dirinya mengalami mas@lah kesihatan.

Pada majlis tayangan khas filem Felai Fx di pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Petaling Jaya, hari ini, Dharma telah menerima bantuan kewangan daripada pihak penerbit, namun tidak mendedahkan jumlah sumbangan tersebut.

Menurut Dharma, sebelum ini dia bersendirian di rumah, namun semangatnya kembali pulih selepas beberapa rakan artis datang melawat di kediamannya di Wangsa Maju pada awal Julai lalu.
Dalam perkembangan lain, Dharma yang percaya kesibukan berkerja dapat membantunya pulih segera daripada mas@lah kesihatan yang dihadapi, memberitahu filem lakonannya berjudul 'Felai Fx' bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Menurut penerbit filem terbabit iaitu Richard Ung, pihaknya mengambil inisiatif membantu Dharma dengan memberikan peluang berlakon karakter mafia.

Katanya, pihaknya memutuskan membuat tayangan khas filem ini terlebih dulu khusus untuk membantu Dharma dan dua anaknya terlebih dahulu.
"Apa yang boleh saya beritahu, sumbangan itu cukup untuk bawa Dharma keluar dari kem£lut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)," jelasnya.

Dalam pada itu, Richard turut berkongsi lanjut mengenai 'Felai Fx', dimana filem arahan Zamri Zakaria itu masih belum ada tarikh ditetapkan untuk tayangan filem arahan Zamri Zakaria itu memasuki pawagam.

"Saya putuskan buat tayangan khas filem ini terlebih dulu khusus untuk membantu Dharma dan dua anaknya terlebih dahulu. Semoga dua anaknya tidak lagi mendapat kec@man dari netizen kerana tidak bekerja selepas ini.

"Saya berharap sumbangan kewangan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: