18 July 2025

DAKWAAN KEMBALI BERSAMA JEJAI - NORA DANISH TAMPIL NAFI : "TIADA YANG EXTRA... JAGA HUBUNGAN BAIK DEMI ANAK-ANAK"



"Siapa agaknya yang sebarkan g0sip ini? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba saya dikaitkan kembali dengan Jejai. Hubungan kami tiada yang extra dan masih sama seperti dulu.

"Sejak dulu lagi saya sentiasa berpegang pada prinsip untuk menjaga hubungan baik demi anak-anak kerana mereka adalah amanah Allah kepada kami."

Demikian ujar pelakon Nora Danish, dimana dia mengakui terkejut apabila dikatakan menjalin hubungan dengan bekas saminya, Jejai, namun tidak hairan kerana masing-masing belum berkahwin.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana Jejai atau nama sebenarnya, Datuk Rizal Ashram Ramli, sentiasa berusaha menjadi bapa yang bertanggungjawab dan sanggup berk0rban demi anak-anak.

"Dia seorang yang bekerja keras untuk keluarga dan sentiasa berusaha menjadi ayah yang bertanggungjawab. Dia sanggup meng0rbankan kegembiraannya sendiri demi pastikan anak-anak jalani hidup yang baik.
"Dalam Islam, menjaga silaturahim itu satu tuntutan, lebih-lebih lagi dalam urusan kekeluargaan. Doakan saja yang baik-baik buat kami," katanya.

Untuk makluman, Nora dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006, namun bercerai pada Julai 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal yang kini berusia 16 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: