"Kehilangan bapa saya adalah sal@h satu daripadanya. Masa dapat tahu ibu saya ada kans£r ketika saya berusia 12 tahun juga p£rit.
"Kehilangan rumah tangga bukan titik terendah dalam hidup saya. Kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan saya itu titik terendah dalam hidup saya."
Itulah kata pelakon Diana Danielle, dimana dia berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di p0dcast Confession Bilik Gelap, baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
"Menerima hakikat mungkin kita bukanlah... kita dah tak seiring dan sejalan," ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat andaian 'sahabat baik' yang dimaksudkan adalah bekas suaminya iaitu pelakon Farid Kamil.
"Betullah tu bila dah kahwin 'bestfriend' kita adalah suami kita. Kehilangan sahabat baik dalam perkahwinan sangat p£rit. Tapi hidup perlu diteruskan.
"Rasa maksud dia bila dia sedar dia dan bekas suami bukan lagi sahabat baik antara satu sama lain," komen netizen.
Untuk makluman, Diana mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Pasangan ini berdepan mas@lah rumah tangga dan mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023.
Kemudian, Diana dan Farid kembali rujuk, namun sekali lagi rumah tangga bergolak dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment