12 July 2025

BILA SHILA AMZAH SEOLAH BAGI KLU SIAPA YANG 'S£RANGNYA'



"Gembira dapat berjumpa kakak saya Jacyln Victor dan Ella. Maaf tak dapat sembang lama tadi. Tak sempat nak ambil gambar dengan abang Awie tadi. Jumpa lagi. Persembahan yang hebat hari ini.

"Mari berehat dan fokus untuk Raise The Star pada Ahad," tulis penyanyi Shila Amzah menerusi media sosial, dimana dia sempat berjumpa dan merakamkan gambar bersama beberapa rakan artis yang turut terlibat dalam konsert Ulang Tahun ke-20 Mr. D.I.Y, malam tadi.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 35, yang berkongsi kegembiraannya itu turut memberitahu, dia mahu berehat sebelum kembali memberi fokus kepada tugasannya sebagai juri di program Raise The Star.

Klik untuk gambar besar

Menerusi hantaran tersebut, Shila juga dilihat berbual ringkas ketika bertemu Ella dan turut merakamkan sekeping gambar bersama Jaclyn.

Perkongsian Shila itu menjadi perhatian ramai selepas dia sebelum ini mendakwa dih£rdik seorang penyanyi legenda ketika membuat latihan sebelum konsert.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen sudah mula membuat andaian penyanyi yang dimaksudkan kerana Shila langsung tidak meletakkan nama artis tersebut.

"Semua Shila ada sebut, cuma satu orang sahaja tiada. Dah dapat klu, jadi orang itulah yang buat hal dengan Shila."

"Dah diberikan klu tu. Netizen boleh tenang dah. Shila pun selamat berehat ya." - "Faham-fahamlah siapa ye. Search sendiri," antara komen-komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: