"Sebenarnya, isu yang dibangkitkan semula ini sudah lama berlalu. Cuma mungkin semasa isu ini muncul kembali membuatkan pelbagai tafsiran terjadi."
Demikian ujar penyanyi Zizi Kirana, dimana dia men£gaskan pendiriannya untuk tidak mencampuradukkan urusan peribadi dengan kerjaya seni, susulan beberapa isu lama yang kembali menjadi perbualan di media sosial sejak kebelakangan ini.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, tampil menjelaskan kek£liruan perkongsian di media sosial sebelum ini sehingga ada yang mendakwa rumah tangga bersama pelakon Yusuf Bahrin berdepan mas@lah.
Ujarnya, hantaran lama di platform Thr£ads serta video di media sosial yang dikongsikan sekitar tahun 2022 diambil semula dan dijadikan bahan perbualan, meskipun perkara itu sudah lama berlalu.
Dalam pada itu, ulas Zizi lagi, setiap kenyataan atau perkongsian yang dibuat ketika itu adalah bersesuaian dengan waktunya dan tidak wajar dijadikan nar@tif baharu yang mengundang pelbagai sp£kulasi.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya, dia membuat keputusan untuk memisahkan hal peribadi daripada kerjayanya demi menjaga prinsip serta nilai yang dipegangnya, sejak awal pembabitannya dalam dunia hiburan.
"Saya percaya seni yang tulen dan jujur tak perlukan kisah peribadi sesiapa pun. Itulah cara saya menjaga apa yang saya sayang," tuturnya yang juga berkata, keikhlasan dalam berkarya lebih utama berbanding membabitkan kisah peribadi dalam usaha menarik perhatian khalayak.
"Yang mengenal akan faham. Yang menghormati akan diam," ujarnya yang memilih untuk terus mendoakan kebaikan buat semua termasuk dirinya sendiri, dan menghargai sokongan peminat yang sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan seni.
Terdahulu, h£boh di media sosial mengenai dakwaan bahawa Zizi dan suaminya, pelakon Yusuf Bahrin saling 'unfollow' di media sosial, sekaligus timbul sp£kulasi mengenai keg0yahan dalam rumah tangga mereka.
Isu 'unfollow' itu bagaimanapun hanyalah isu lama yang sudah berlaku sejak tahun lalu, namun baru kini dibangkitkan.
Malah beberapa perkongsian luahan dalam platform Thr£ads juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah dia memberi bayangan sedang berdepan mas@lah.
Untuk makluman, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment