"Amy (Search) memfailkan laporan terhadap Shila Amzah dan memberi keterangan kepada pegawai penyi@sat."
Itulah maklum peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili Datuk Amy Search, dimana dia mengesahkan penyanyi legenda itu membuat laporan polis terhadap penyanyi Shila Amzah berhubung kejadian tular, baru-baru ini.
Ujarnya, anak guamnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim pula mengesahkan mengenai laporan yang dibuat Amy, malam tadi, dimana ia lebih kepada laporan bal@s dibuat Shila sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
Isteri kepada Amy iaitu Datin Norhasniza Hassan ada memuat naik perkongsian sebelum ini sehingga ia menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di media sosial, Amy berkata, isterinya dipercayai berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama beberapa individu dipercayai peguam.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan lebih lanjut kehadiran merekake balai polis berkenaan.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Shila membuat laporan polis mendakwa dis£rang secara v£rbal oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan konsert, baru-baru ini.
Kata polis, rasa tidak puas hati kerana mencampuri mas@lah keluarga dipercayai menjadi punca Shila dis£rang penyanyi legenda berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment