16 July 2025

KINI DAH 'MOVE ON', FOKUS HIDUP BAHARU - LOCA B AKUI LAMA PENDAM PUNCA BUKA KISAH MENTUA : "SAYA MENGANGGAP INI SEMUA ADALAH UJIAN DARIPADA TUHAN"



"Saya sudah move on dan mahu fokus dengan kehidupan baharu. Saya hanya doakan terbaik untuk semua orang supaya kita sentiasa bermuhasabah diri.

"Saya hanya mahukan yang terbaik untuk kami semua daripada segi kesihatan ment@l, fizikal dan em0si. Apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah fokus kepada masa depan anak-anak."

Demikian ujar penyanyi dan komposer Loca B, 33, dimana dia tidak lagi mahu memikirkan kem£lut bersama keluarga mentua kerana ingin memberi fokus terhadap masa depan anak-anak.

Kata Loca atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, dia sentiasa mendoakan yang terbaik supaya tidak lagi berdepan dengan mas@lah keluarga yang boleh menj£jaskan em0si dan kesihatan ment@l.

Menganggap kem£lut yang berlaku bersama keluarga mentua ini adalah sebagai satu ujian daripada Tuhan, Loca dalam masa sama juga tidak menafikan perkongsian yang dibuat di media sosial sebelum ini disebabkan rasa hilang sabar selepas bertahun lamanya memendam rasa.

Klik untuk gambar besar

"Secara jujur terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan perlu diselesaikan. Saya menganggap ini semua adalah ujian daripada Tuhan. Kalau nak cakap memang kita ini em0si, mungkin juga sudah bertahun saya diam.

"Saya sebenarnya mahu teruskan hidup seperti biasa. Saya mahu lakukan yang terbaik, mencari rezeki halal untuk pastikan anak-anak saya terjaga. Itu adalah tanggungjawab paling besar yang saya ada," tuturnya.

Disamping itu, ditanya pula mengenai respon suami terhadap kem£lut bersama mentua, Loca memberitahu, Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree, 29, sentiasa memberikan sokongan dan memahami situasi sebenar tentang apa yang berlaku.

"Suami saya sentiasa di sisi saya (memberikan sokongan). Dia tidak perlu bersuara secara lant@ng tetapi saya tahu dia sudah melakukan yang terbaik.
"Suami saya tahu apa yang terjadi dan kami hanya mahu melepaskan semuanya (mas@lah) dan hanya fokus pada keluarga kecil kami," katanya.

Pada Februari lalu, Loca meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu mentuanya kerana mendakwa pernah melakukan pen1puan dengan mencur1 hasil kerja kerasnya ketika mengandungkan anaknya, Bintang Aiko.

Menurut Loca, dia enggan lagi hidup dalam keadaan tr@uma dan mengambil keputusan untuk bercerita mas@lah mereka kepada umum.

Untuk makluman, Loca mendirikan rumah tangga dengan Tuju pada Mac 2021 dan mereka memiliki seorang anak lelaki iaitu Bintang Aiko yang kini berusia tiga tahun.

Loca juga mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu yang diberi nama Yusuf Alexander, 9 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: