"Dia (Amy Search) ada minta maaf. Saya cakap kalau perlukan apa-apa bantuan, beritahu. Saya akan cuba bantu mana yang boleh. Saya pun ambil kesempatan mohon maaf kepadanya kerana kenyataan dibuat di media sosial itu disebabkan rasa tek@nan kerana insid£n antara mereka mengaitkan nama saya."
Itulah jelas penyanyi Datuk Awie, dimana dia dihubungi rakan artis, penyanyi Datuk Amy Search, susulan kontr0versi yang menjadikan nama kedua-dua mereka sebelum ini menjadi bualan hangat.
Awie mengulas perkara berkenaan susulan kontr0versi melibatkan Shila Amzah yang mendakwa dih£rdik oleh Amy ketika mereka sama-sama terlibat dalam sebuah acara.
Kata Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 56, dia juga terbuka memberi sokongan buat Amy sekiranya penyanyi legenda itu memerlukan sebarang bantuan.
Dalam pada itu, Awie juga memberitahu, kisah pan@s itu turut memberi k£san kepada dirinya apabila ramai yang menuding jari menuduh dia sebagai penyanyi yang meny£rang Shila.
Awie kemudian secara terbuka menyebut nama Amy dalam hantaran di media sosial, meminta penyanyi legenda itu tampil memberi penjelasan.
Klik untuk gambar besar
"Saya pun ada buat kebaikan untuk pengetahuan semua," ujarnya yang juga berharap Shila dan Amy dapat menyelesaikan kem£lut ini secara baik agar tidak berpanjangan.
Bagi Awie, kontr0versi sebegini akan menc£markan nama baik anak seni sehingga boleh menimbulkan kec@man netizen.
"Saya pun berharap sangat supaya Shila dan penyanyi legenda itu berbaik dan tidak akan memanjangkan cerita ini. Sebab saya tahu penyanyi tersebut orangnya jenis bercakap lembut dan Shila dan tentulah dia pula wanita.
"Kita pun tahu ada pasang surutnya kehidupan kan. Jadi, harap-harap mereka kekal baik. Kita rakan satu industri seni ini, pusing kanan pusing kiri akan jumpa juga akhirnya.
"Jangan g@duh-g@duh, jangan k£ruhkan lagi suasana yang tengah t£ruk di mana kita boleh lihat artis dan industri mudah dih1na oleh netizen," kongsinya.
Selain itu, Awie turut menyifatkan penyanyi legenda seorang yang sangat lemah lembut dan tidak pernah meninggikan suara, serta mengakui terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara berkenaan serta berharap agar Shila dan penyanyi legenda tu dapat berbaik.
"Setahu saya, dia ini memang 'very soft spoken' dan orangnya sangat lembut dan tak pernah tinggi suara. Jadi bila dapat tahu dia, saya terperanjat.
"Apapun, saya berharap sangat supaya Shila dan penyanyi legenda itu berbaik semula dan tidak memanjangkan cerita ini. Sebab saya tahu penyanyi legenda itu orangnya jenis bercakap lembut dan Shila pula, tentulah dia wanita," katanya.
Pada 10 Julai lalu, Shila tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan dis£rang oleh seorang penyanyi legenda.
Shila kemudian mengesahkan penyanyi legenda yang dimaksudkan itu adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda iaitu Amy Search.
Pihak polis telah mengambil keterangan kedua-dua belah pihak dan hasil sias@tan mendapati ia berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampur urusan keluarganya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment