"Tujuan utama pertemuan itu adalah mendapatkan penjelasan dan status pembayaran hut@ng tertunggak berjumlah RM225,000. Hut@ng itu tanggungan sebuah lagi syarikat miliknya, CTG Pictures Sdn Bhd kepada syarikat saya, Madness Films.
"Adam mengemukakan kaedah penyelesaian hut@ng sedia ada. Dia menawarkan satu k0ntrak perniagaan baharu di mana syarikat saya akan membekalkan kandungan filem untuk disiarkan di stesen televisyen miliknya, Awesome TV.
"Dia berjanji Awesome Broadcasting Sdn Bhd akan membuat pembayaran sebanyak RM10,000 bagi setiap hak atau lesen tayangan filem yang dibekalkan."
Demikian ujar penerbit dan pengedar syarikat Madness Films Sdn Bhd iaitu Shafirulnizam Haron, dimana dia membuat laporan polis terhadap Awesome Broadcasting Sdn Bhd atau Awesome TV untuk menuntut bayaran berjumlah RM225,000 yang masih tertungg@k, hari ini, selepas s£rik dijanjikan harapan palsu.
Kata Shafirulnizam Haron, dia membuat laporan di Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, bersama peguamnya, Datuk Azar Irwan Arifin daripada Maximus Advisory.
Dalam pada itu, jelasnya lagi, dia ada mengadakan satu pertemuan rasmi dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Adam Mohamed Ilyas di pejabatnya, Awesome Broadcasting pada bulan April lalu.
Berhubung perkara itu, Shafirulnizam berkata, jaminan diberikan Adam itu menyakinkannya kerana secara sp£sifik, dia berjanji bahawa pihak stesen TV berkenaan hanya akan menyiarkan filem-filem dibekalkan syarikatnya.
"Memandangkan kedudukan syarikat saya yang terb£ban dengan hut@ng lama daripada CTG Pictures, saya merasakan tiada pilihan lain yang lebih baik pada ketika itu. Tawaran itu satu-satunya peluang untuk kurangkan kerug1an dialami," tuturnya.
Tambahnya, itu saja langkah krit1kal memastikan kelangsungan operasi perniagaan syarikatnya, namun dia sudah tidak tah@n dengan janji kosong itu.
"Masa perjanjian k0ntrak pertama pada Oktober 2022, terma bayarannya adalah 25 peratus sebanyak empat kali kali bayaran. Tapi saya cuma dibayar sekali saja. Kemudian pada April lalu, saya dijanjikan k0ntrak baharu," jelasnya.
Sementara itu, peguamnya iaitu Azar pula memohon supaya pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap pihak stesen TV terbabit.
"Sebelum ini kami pernah berjumpa dengan Ketua Setiausaha SKMM. Tapi mal@ngnya hingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil. Jadi kami mohon ihsan daripada kementerian untuk melihat perkara ini dengan lebih wajar dan s£rius lagilah.
"Memandangkan dalam pengetahuan kami bukan sahaja pembekal-pembekal ataupun penerbit filem yang berdepan ia sama ia juga membabitkan banyak pihak," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment