"Alhamdulillah, semuanya okay. Saya tidak mempunyai aplikasi Thr£ads, jadi saya tidak tahu mengenai dakwaan tersebut. Tetapi setakat ini kami okay. Saya tidak nak beri reaksi apa-apa daripada kenyataan yang dibuat oleh netizen, saya hanya okay kan semua benda."
Itulah jawab pelakon Yusuf Bahrin, dimana dia akhirnya membuka mulut menafikan dakwaan rumah tangganya dengan penyanyi Zizi Kirana dikatakan berg0lak.
Kata Yusuf, hubunganya dengan Zizi dalam keadaan baik serta tidak mengetahui mengenai dakwaan rumah tangganya, selain turut mengulas mengenai isu 'unfollow' di media sosial, dimana jelasnya, dia dan isterinya itu sememangnya tidak pernah mengikuti (follow) satu sama lain, namun orang ramai tidak tahu.
"Saya rasa benda itu tak ada apa-apa mas@lah pun sebab memang anda semua baru tahu kot sebab benda ni dah lama. Saya tak pernah 'follow' dia, dan dia tak pernah 'follow' saya.
"Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Saya tak tahu nak cakap apa sebab benda ini orang tak tahu. Jadi bila orang dah dapat tahu, saya nak buat apa kan? Saya okay sahaja jangan risau, Insya-Allah. Doakan sahaja," tuturnya.
Sebelum ini, rumah tangga Zizi dan Yusuf hangat diperkatakan apabila ada yang mendakwa pasangan itu tidak lagi mengikuti media sosial masing-masing serta perkongsian penyanyi itu di Thr£ads menjadi perhatian.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment