"Saya tiada mas@lah untuk berjumpa (Amy Search) kalau perjumpaan tersebut akan dapat menyelesaikan perkara yang berlaku di antara mereka (Amy & Shila Amzah)."
Demikian kata suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu pemp£ngaruh media sosial, Ubai dimana dia sedia bertemu dengan Datuk Amy Search bagi menyelesaikan kem£lut antara isterinya dengan legenda rock berkenaan.
Dalam pada itu, ujar Ubai lagi, dia akan mempertimbangkan mengikut keadaan mengenai cadangan orang ramai yang meminta Shila untuk mengupah pengawal peribadi (b0dyyguard).
Menurutnya, buat masa sekarang, dia yang akan menjaga isterinya itu seandainya dia mempunyai kelapangan namun jika dia bekerja, pihak pengurusan yang akan menjaga Shila.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Shila memberitahu, dia tiada mas@lah jika berada dalam acara yang sama dengan penyanyi legenda itu, namun dia akan pertimbang upah 'b0dyguard'.
"Saya mungkin akan ambil pengawal peribadi selepas ini kalau masih ada 'job' dengan dia. klien berhak pilih dan saya takkan letakkan syarat untuk tiada dia dalam acara itu.
"Industri ini kecil, jadi kita sendiri pandai-pandai jaga diri dan jaga keselamatan masing-masing. saya juga akan bersikap profesional," katanya.
Bagaimanapun, jelas Shila, setakat ini belum ada pertemuan dengan penyanyi legenda itu selepas insid£n dis£rang dan akuinya lagi, dia tr@uma sehingga membuat laporan polis, namun tidak menolak untuk berdamai.
Sementara itu, Shila turut mengulas mengenai pendedahan ibunya iaitu Fauziah Sarman, 57, yang merancang untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini, dimana meminta semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat ibunya itu.
"Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya. Apa yang saya boleh katakan, semoga emak saya akan menemui kebahagiaannya dan doakan yang baik-baik sahaja lah," ujarnya.
Selain itu, ditanya mengenai bakal suami ibunya pula, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, berkata, beliau memang sangat terbuka berkongsi sisi peribadinya itu.
"Emak saya sangat terbuka dan kita memang rapat macam kawan-kawan tapi saya tak boleh cakap lebih-lebih. Apa yang penting asalkan emak saya 'happy' (gembira) dan itu yang saya mahukan.
"Tarikh untuk majlis pernikahan pun belum ada kerana masih awal lagi. Kalau nak diikutkan, sebenarnya, saya tak bagi emak untuk menguar-uarkan benda yang belum jadi. Apapun, saya cuma boleh doa yang baik-baik sahaja," tuturnya.
Sebelum ini, ibu Shila mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang lelaki berstatus duda pada tahun ini, selepas dua tahun bercerai.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment