15 July 2025

SUDAH LAMA JANGKA AKAN BERPISAH - FARA SALLEH DAKWA 'BATANG HIDUNG' SHUK SAHAR LANGSUNG TAK NAMPAK, BELUM JENGUK ANAK BARU LAHIR



"Langsung tak nampak batang hidung, entahlah saya sendiri tak tahu apa dalam fikiran dia (Shuk). Ibu bapa saya tak pernah s£kat nombor telefon dia. Nak seribu daya, kalau tidak seribu dalih."

Demikian ujar Fara Salleh, 33, yang berkata, suaminya, pelawak dan pelakon Shuk Sahar seakan tiada usaha untuk menghubungi keluarga atau bertanya khabar keadaannya yang kini dalam tempoh berpantang.

Selepas kec0h berbal@s kenyataan di media sosial sebelum ini, difahamkan Shuk sehingga kini masih belum datang menjenguk anaknya yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.

Dalam pada itu, Fara juga memberitahu, dia sudah lama menjangka rumah tangga bersama Shuk akan berdepan mas@lah kerana berlaku sal@h faham antara mereka.

Bukan itu sahaja, malah dakwa lagi, dalam tempoh hamil anak pertama mereka, Shuk seakan mengab@ikan tanggungjawab seorang suami.

Klik untuk gambar besar

"Sebenarnya saya sudah jangka ini semua akan berlaku (berpisah) sebab dari awal pun dia memang macam tak suka bila saya hamil. Makan dan minum saya pun dah mula tak terjaga.

"Tiada apa-apa perubahan ke arah kebaikan untuk sambut cahaya mata kami, sebaliknya mas@lah rumah tangga ini makin besar," tuturnya.

Bagaimanapun, Fara meluahkan rasa syukur kerana mampu menguruskan sendiri anaknya iaitu Elaine Nada, meskipun tiada sebarang bantuan daripada lelaki bergelar suami, malah katanya, Nada seorang anak yang baik dan tidak banyak ragam.

"Alhamdulillah, Nada seorang anak yang sangat baik. Dari dia dalam perut lagi saya selalu usap dan beritahu selepas ini tinggal kehidupan kita berdua.
"Apa-apa jadi, Nada ada mommy (panggilan Fara). Setiap malam saya selalu pesan untuk anak saya jadi anak yang baik. Sayalah ibu dan bapa dia. Kami hanya ada satu sama lain," luahnya.

Fara sebelum ini menerusi beberapa hantaran di media sosial, meluahkan rasa k£sal terhadap Shuk yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang suami.

Bahkan kata Fara, urusan pendaftaran penikahan mereka juga belum selesai sehingga memberi kesan terhadap dokumen sijil kelahiran anak yang tertulis tiada maklumat bapa.

Untuk makluman, Farah mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand. Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai terhadap Fara menerusi panggilan telefon.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: