Menerusi satu perkongsian di media sosial, pelakon dan pengacara, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, telah mencuit hati netizen apabila tampil memuat naik hantaran kreatif dan bersahaja sebagai respon terhadap krit1kan yang diterimanya berhubung gambar lama yang memaparkan dia tidak bertudung.
Susulan ada pihak yang mempertik@ikan tindakannya berkongsi gambar lama berkenaan, Raja Azura bertindak berkongsi gambar sama yang sudah disunting dengan contengan kreatif menutup bahagian aurat seperti tudung dan sarung tangan.
"Sudah selesai. Bertudung dan memakai sarung tangan (hand sock). Ramai betul yang diam-diam perhatikan dan komen 'Kenapa muat naik gambar tak bertudung?'. Sis baru saja nak rasa-rasa zaman muda, terus kena kec@m. Maklumlah, bila dah masuk fasa 'remaja purba' ini, terus terimbau kenangan lama," tulisnya.
Dalam pada itu, Raja Azura yang enggan terus mengambil s£rius komen neg@tif itu dilihat tetap tenang dan bersikap terbuka dengan mengakhiri tulisannya dengan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil berat mengenai penampilannya.
"Apa-apa pun, sis ucapkan terima kasih. Sayang kamu semua ketat-ketat," tuturnya yang turut disertakan emoji peluk, selain turut meluahkan kebimbangan sekiranya penampilannya dalam drama-drama lama pula menjadi sas@ran selepas ini.
"Tiba-tiba terfikir pula, drama lama-lama, takkanlah nak suruh 'filter' muka sis juga? Aduh, macam mana ini? Pening kejap. Jangan mar@h okay, sis tanya saja," ujarnya.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya terhibur dengan pendekatan 'sporting' Raja Azura yang disifatkan tidak cepat melatah, meskipun menerima komen yang kurang menyenangkan.
Sebelum ini, Raja Azura aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan sejak era 90-an, dan kini tampil lebih sopan dan bertudung sejak beberapa tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment