17 July 2025

"SAYA BETUL-BETUL RINDUKAN KAMU DARI LUBUK HATI INI... HARAP KITA DAPAT BERJUMPA" - NOOR KUMALASARI AKUI DAH LAMA TAK BERCERITA PANJANG, KETAWA BERSAMA ANITA SARAWAK



Bintang veteran, Noor Kumalasari, 69, baru-baru ini meluahkan rasa kerinduan terhadap kakak tersayang, Anita Sarawak, 72, yang sehingga hari ini didakwa belum ditemui, selepas penyanyi itu dilapor pulang ke Amerika Syarikat (AS), secara tiba-tiba pada 2011.
"Saya betul-betul rindukan kamu dari lubuk hati ini. Sudah berapa lama kita tidak bercerita panjang, ketawa dan faham antara satu sama lain, seperti waktu dulu.

"Noor cukup rindukan detik di mana kita berdua boleh ketawa, berkongsi cerita lucu dan kisah peribadi. Noor harap kita dapat berjumpa.

"Semoga Allah rahmati Anita dan Mahathir (suami Anita), tetapkan iman dan beroleh ukhrawi yang diredai Allah. Jaga diri dan Noor sayangkan Anita selagi hayat dikandung badan," katanya.

Perkongsian Noor Kumalasari itu diluahkan menerusi program audio siar kendalian Syahril A Kadir di saluran Tanah Berdaulat TV, yang mula disiarkan di YouTube, semalam.

Dedah Noor Kumalasari, kali terakhir beliau dapat berbual panjang dengan Anita, kira-kira dua tahun lalu dan baginya, Anita cukup istimewa kerana mereka sangat rapat sejak kecil.

"Mestilah saya rindukan dia. Alangkan Dharma Harun Al Rashid (gandingan dalam filem 'box office' Adik Manja) pun saya hendak jumpa, apatah lagi kakak sendiri yang rapat sejak kecil," tuturnya yang bergenang air mata mengenangkan Anita.

Dalam pada itu, Noor Kumalasari berkata, Anita menjadi insan 'penyelamat' apabila memulihkan semangat dirinya selepas dikec@m t£ruk wartawan yang menyaksikan beliau beraksi dalam persembahan di sebuah stadium di Kuala Lumpur, pada era 1970-an.

"Saya dikrit1k t£ruk apabila dikatakan tidak boleh menyanyi. Suara saya dikatakan sama macam Anita dan hendak tiru dia hingga saya alami kemurungan.

"Ketika berada di Singapura, saya hubungi Anita untuk mengadu. Anita nasihatkan saya, kalau hendak jadi orang seni, kena telan semua kritikan terutama sekali penyanyi. Anita suruh saya ambil kritikan itu sebagai cabaran untuk perbaiki diri," ujarnya.

Mengimbau detik kepulangan Anita ke AS, Noor mendakwa tidak dimaklumkan dan tidak tahu perancangan kakaknya untuk meninggalkan Malaysia.

"Anita pergi mendadak. Ketika saya hubungi salah seorang kakak kami, dia beritahu, mereka sudah hantar Anita pulang," kata Noor Kumalasari yang memberitahu, beliau suka menyediakan juadah kegemaran kakaknya, iaitu ayam adobo, bagi mengubati kerinduan terhadap Anita.

Sebelum mengakhiri temubual, Syahril bertanya Noor Kumalasari mengenai kerinduan peminat terhadap dirinya, dimana pemenang trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-31 ini mengakui mengikuti komen peminat dan berterima kasih kerana mereka tidak pernah berhenti mendoakannya.

"Bagi saya berlakon dan menyanyi adalah kenangan manis. Saya tidak akan buka balik buku lama dengan izin Allah. Bagaimanapun, saya berharap peminat terus berdoa untuk saya. Sama juga, saya akan sentiasa doakan peminat," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: