17 July 2025

SOAL CARI JODOH BUKAN LAGI PERKARA UTAMA DALAM HIDUP ERMA FATIMA : "TIDAK ADA ORANG BOLEH GANTIKAN BADE... MEREKA KATA SAYA GAR4NG"



"Jodoh itu tidak ada dalam senarai hidup saya. Tidak ada orang boleh gantikan Bade. Saya tidak fikir ada lelaki yang boleh faham saya seperti mana Bade.
"Jadi, tidak mungkin ada orang dapat gantikan tempat Bade, buat masa ini. Saya berdoa, ya Allah, ya Tuhan, janganlah kau duga aku. Tetapi, itulah yang nyata dan pasti buat masa ini."

Itulah ujar Erma Fatima, dimana soal mencari pengganti atau jodoh bukan lagi perkara utama dalam hidupnya kerana bagi pengarah dan penerbit itu, dia belum bertemu lelaki yang dianggap secocok selepas berpisah dengan bekas suami, Bade Azmi.

Dalam pada itu, Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, mengakui kesibukan jadual seni membuatkan dia tiada masa memikirkan soal mencari pasangan.

"Tidak pernah ada dalam fikiran saya untuk mencari (pasangan) kerana mungkin sebab kehidupan saya adalah berkisar kerja sahaja.

"Jadi, saya tiada masa untuk lelaki dan saya fikir, tiada lelaki berani datang dekat dengan saya. Mereka kata saya gar@ng," katanya.

Sebelum ini, adik kepada Erma iaitu Datin Seri Umie Aida ada memuat naik hantaran dalam media sosial, mencarikan kakaknya seorang suami.

"Kakak kita d£gil sedikit. Tak tahu nak jaga kesihatan. Makan dan tidur selalu lambat. Asyik kerja, kerja. Sebelum datang New Zealand, tek@nan dar@h tinggi. Risau kita. Tengoklah sendiri, apa yang dia peluk itu, laptop!

"Rasanya saya kena carikan dia jodoh. Supaya teratur sikit gaya hidup sihat. Ada sesiapa yang masih bujang atau duda yang 'available'?" tulis Umie di hantarannya.

Berhubung mengenai hantaran Umie, Erma berkata, adiknya itu sering mengusiknya mengenai jodoh, selain turut mengaku ada berkawan dengan beberapa lelaki, namun tiada yang lebih daripada itu.

"Dia (Umie) itu gat@l, macam tak ada kerja lain. Macamlah saya ini tak boleh nak jaga kesihatan saya sendiri. Sepanjang di New Zealand, dia asyik hendak cerita pasal jodoh saja," ulasnya.

"Pintu hati saya ini sudah tertutup dan belum terbuka buat masa sekarang. Belum ada lelaki yang saya fikir layak," jelas Erma yang mendirikan rumah tangga dengan Bade atau nama sebenar, Badaruddin Azmi pada 1991, namun bercerai pada 2015.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: