29 July 2025

DEDAH SUDAH 2 BULAN BERCERAI - HAFIZ SUIP BERI HAK JAGAAN ANAK-ANAK PADA BEKAS ISTERI : "SAYA RASA IBULAH MERUPAKAN PILIHAN TEPAT..."



"Secara rasmi saya sudah bercerai talak satu dengan isteri pada 29 Mei lalu. Anak-anak dibawah jagaan bekas isteri. Secara rasionalnya, sudah tentu kalau saya berada dalam situasi ini, saya akan pilih ibu saya.

"Saya rasa ibulah merupakan pilihan tepat untuk mengambil penjagaan anak-anak. Kalau kita nak law@n fasal hak ini sampai bila pun tak habis."

Itulah jelas Hafiz Suip, 35, dimana penyanyi itu mengesahkan dia sudah pun bercerai talak satu dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.

Kata Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, buat masa ini, dia memberi hak penjagaan kepada bekas isteri kerana menganggap ibu merupakan tempat perlindungan terbaik bagi anak-anak.

Dalam pada itu, maklum Hafiz lagi, dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri dalam berbincang urusan anak-anak memandangkan dirinya kini menetap di Kuching, Sarawak.

Klik untuk gambar besar

Enggan merum1tkan lagi keadaan, Hafiz memberitahu, dia mahu isu penjagaan anak-anaknya ini diselesaikan dengan baik.

"T1pulah kalau kata saya tak ingat anak, setiap hari saya fikirkan mereka, nak hubungi tetapi mereka juga perlu bersekolah dan ada jadual sendiri.

"Sekarang saya dan bekas isteri masih dalam proses perbincangan tentang urusan anak-anak. Contohnya, macam mana saya nak berjumpa dengan mereka sama ada sebulan sekali saya ke Kuala Lumpur.

"Saya tak mahu menimbulkan mas@lah. Cukuplah turun naik mahkamah untuk urusan perceraian. Penat," tuturnya yang turut berkata, dia tidak meny£sal dengan segala kem£lut rumah tangga yang dihadapinya.
Ujar Hafiz, dia reda dan menganggap segala ujian yang diterima ini merupakan takdir yang memberi pengalaman serta pengajaran dalam hidup.

"Saya tidak meny£sal dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah pengajaran dan pengalaman. Ia juga satu takdir, kita hanya perlu jalani kehidupan seterusnya. Jangan saling menyalahkan kerana hati kita tidak akan rasa tenang.

"Dalam Islam juga ada mengajar kalau nak rasa tenang kita kena berdamai dengan takdir. Nasihat saya kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak dan bersikap matang," kata penyanyi 'Awan Nano' itu.

Untuk makluman, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: