"Kalau kita nak buat jah@t, tak payah buat secara terang-terangan. Kalau diorang fikir itu adalah ar*k, ikutlah. Kalau nak husnudzon, husnudzon lah korang.. saya serahkan segalanya kepada mereka.
"Saya tidak pernah bal@s (komen netizen). Kalau bal@s dan mengatakan bukan nanti ada yang akan kata.. 'maknanya betullah yang itu ar*k'.
"Kita kena hormati budaya. Bila berada di Malaysia kita kena jadi orang Malaysia, begitu juga bila di sana. Tetapi nasioalisme sebagai Melayu tetap tinggi."
Demikian ujar pelakon Sharifah Sakinah dimana dia tampil menjawab dakwaan netizen mengenai minuman yang dipegang olehnya yang dikatakan ar*k ketika dalam satu video yang dikongsikan.
Sementara itu, ditanya mengapa dia merahsiakan wajah suami barunya, Sakinah berkata, dia bukan tidak mahu mendedahkah kepada umum, namun dia menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Dalam pada itu, Sakinah berkata, dia enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti suaminya, namun hanya boleh memberitahu bahawa dia sudah berkahwin dan kehidupannya kini bahagia.
"Saya gembira tetapi saya takkan cakap dia yang terbaik untuk saya sebab yang terbaik untuk saya adalah diri saya sendiri.
"Saya masih lagi memanggil diri saya sebagai ibu tunggal. Anak saya pun tidak memanggilnya dengan panggilan bapa, kami perlu tahu bat@s masing-masing.
"Seperti biasa saya masih lagi aktif berlakon dan saya akan bayar bil saya apabila bil yang saya perlu bayar dan dia hanyalah companion to my life, membuatkan saya gembira," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment