31 July 2025

DIMASUKKAN KE HOSPITAL AKIB4T ALAMI S£SAK NAFAS - ALI XPDC KINI STABIL



Malam tadi, penyanyi Ali XPDC, 57, telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam dan dimasukkan ke wad kec£masan selepas mengalami s£sak nafas.
Rakan baiknya, Fuad Syahrin ketika dihubungi berkata, Ali kini berada dalam keadaan stabil dan dia juga mula berselera makan selepas hilang selera beberapa hari sebelum ini.

"Alhamdulillah... tadi dia dah mula selera nak makan dan makanan pun habis. Kami yang hadir menziarahi rasa lega lihat keadaannya.

"Saya dan rakan-rakan sekampung Ali di Klang hadir menziarahinya. Turut sama hadir ialah abangnya, rakan-rakan tabligh serta penyanyi Datuk Nash bagi memberi semangat buatnya.

"Ali pun nampak gembira lihat kehadiran kami memandangkan hubungan kami semua sangat rapat," maklumnya.

Dalam pada itu, Fuad yang pernah bersama Ali dalam kumpulan Witness sewaktu zaman remaja, turut memberitahu, Ali juga ditemani oleh anak-anaknya di hospital.

"Menerusi perbualan kami, Ali beritahu doktor memaklumkan kemungkinan dia akan ditah@n lima hari di wad sehingga keadaannya betul-betul stabil.

"Tapi pernafasan dia pun dah makin okey, makin baik. Sekarang dia masih di Zon Kuning di Wad Pemerhatian. Apabila keadaan dia stabil nanti, baru dimasukkan ke wad biasa," katanya.

Terdahulu, Ali pernah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya pada 27 Mac lalu akib@t mas@lah sama.

Pada masa yang sama, isterinya iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, menghidap kans£r payud@ra dan dimasukkan ke Hospital Putrajaya. Bagaimanapun, isteri Ali dilaporkan meninggal dunia pada 6 April lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: