08 July 2025

DISURUH BERHENTI BELAJAR, CARI KERJA - ANAK DHARMA HARUN TERK£JUT, LUAH RASA KEC£WA



"Individu terbabit pernah datang menziarah ayah sebelum ini dan beri nombor telefonnya. Dia kata kalau ada apa-apa masalah hubungi dia.

"Jadi apabila keadaan kami terdesak disuruh berpindah rumah sewa oleh pemiliknya hujung bulan ini, saya pun hubungi dia seperti kata-katanya untuk mohon bantuan.

"Tapi agak menyedihkan apabila dia menemp£lak saya dan kata saya dah patut berkerja untuk cari wang dan bukan terus belajar.

"Memang saya terkejut jadinya," ujar anak kedua pelakon Dharma Harun, 69, iaitu Muhammad Al Syafiq, 36.

Klik untuk gambar besar

Syafiq meluahkan perasaan kec£wa apabila masih ada pihak memp£rtikai tindakan dia dan kakaknya, Siti Qurratu Aini, 37, yang masih belajar di saat ayah mereka diuji dengan s@kit dan tiada pendapatan.

Kata Syafiq, dia dan kakaknya itu mahu terus belajar dan selepas ini mahu mencari pekerjaan yang baik untuk meneruskan kehidupan bersama bapa mereka.

"Saya baru tahun pertama dalam Fakulti Penulisan Kreatif dan filem (FPKF) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Tapi dah selesai semester satu dan dua. Selepas ini saya akan selesaikan semester tiga hingga lima.
"Kakak saya juga pelajar Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA. Dia tinggal satu semester lagi iaitu semester lima kemudian enam (Latihan Industri). Tahun depan dia dah start kerja.

"Sikit sahaja lagi tinggal tiga bulan sahaja. Takkanlah dia nak kena berhenti? Tolonglah bagi sikit ruang. Kakak saya dah nak tamat belajar pun. Tolonglah bagi sikit lagi sokongan," tuturnya yang turut bekerja secara sambilan.

Menurut Syafiq lagi, prestasinya di ASWARA sekarang amat bagus dan mukanya asyik terpampang di sana, jadi amat merug1kan sekiranya dia berhenti belajar.

Terdahulu, Dharma berkata, dia tidak tergam@k menyuruh dua anaknya tinggalkan pengajian dan bekerja ketika menerima kunjungan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave baru-baru ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: