"Alhamdulillah saya dah selamat bersalin pada 26 Jun 2025 pukul 6.10 petang dengan berat 2.1 kilogram. Elaine Nada nama seindah orangnya."
Demikian kata Fara Salleh, 33, dimana isteri kepada pelawak Shuk Sahar itu memaklumkan, dia telah pun selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi perempuan seberat 2.1 kilogram di sebuah pusat perubatan pada 26 Jun lalu.
Fara berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di media sosial miliknya dengan memaparkan sebahagian wajah anaknya yang diberi nama 'Elaine Nada'.
Dalam pada itu, Fara meluahkan rasa kagum dengan perjalanan hidupnya yang mampu bertahan ketika fasa hamil dan bersalin tanpa suami di sisi.
"Alhamdulillah saya dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengandung seorang, melahirkan anak seorang tanpa ada bayang seorang lelaki. Hebatnya Fara Salleh," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Katanya, selepas menah@n s@kit selama dua hari, dia terpaksa melahirkan anak sulungnya itu melalui kaedah pemb£dahan (caes@rean) kerana bayi dalam kandungannya hampir lem@s di dalam perut.
"Awal datang untuk pemeriksaan tapi doktor nasihat masuk wad sebab air ketumban dah mula kurang dan bayi kurang berat badan sebab mas@lah uri.
"Selepas masuk belon jalan tak buka juga, doktor p£cahkan air ketumban dan cucvk ep1dural tapi masih tiada bukaan.
"Doktor rancang cz£r kec£masan sebab bayi sudah nak lem@s. Nak cz£r pula saya dem@m panas, yelah dua hari tah@n s@kit tapi akhirnya buat pemb£dahan juga," jelasnya.
Kongsinya lagi, sebaik sahaja dilahirkan, dia dan anaknya itu terpaksa ditah@n di wad hospital selama lima hari kerana dijangk1ti kum@n.
"Kami berdua tak dapat bersama sebab baby terus masuk wad kerana air ketumban sudah berkum@n (dem@m) aku masuk antibi0tiks. Lepas itu ditah@n lebih kurang lima hari sama juga dengan baby," tuturnya.
Sementara itu, Fara dilihat ada membuat satu luahan, dimana dia berasa k£sal terhadap ibu bapa mentuanya yang tidak datang menjenguk cucu selepas dilahirkan.
Ujar Fara, dia tidak menuntut sebarang perkara daripada keluarga suaminnya itu, namun berharap mereka mempunyai sikap belas ihsan terhadap dia dan juga anaknya.
"Encik Sahar dan Puan Ainun, aku dah selamat lahirkan cucu kau. Nama dia Elaine Nada. Perut aku kena si@t tujuh lapis nak keluarkan cucu kau ini. Tak nak datang tengok ke?
"Anak kau mana Encik Sahar? Dia tak nak tengok ke? Cakap dekat anak kau, tak payah risau bab barang anak semua aku uruskan. Tak ada satu pun dia uruskan.
"Aku bersalin pun sendiri jangan risau tiada yang aku nak sus@hkan anak kau Encik Sahar. Cuma kau berhati perut sikit," katanya yang meluahkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial.
Selain itu, Fara berkata, dia juga tidak pernah terfikir untuk menuntut sebarang harta keluarga mentua untuk anaknya itu, malah mengingatkan agar Shuk dapat menghadiri panggilan kedua k£s perbicaraan mereka pada 5 Ogos nanti di Mahkamah Syariah Segamat, Johor.
"Harta kau, kau simpan. Jangan risau, aku dan Elaine tak tam@k harta macam 'mereka', kami cuma nak kan urusan mahkamah kami selesai sahaja.
"Walaupun Elaine lahir dengan serba kekurangan.. tapi dia kaya kasih sayang. Aku mak dia dan aku ayah dia. Dia baik dan tidak pernah meminta lebih," luahnya.
Dalam pada itu, Fara turut mengimbau kembali beberapa peng0rbanan yang pernah dia dilakukan sepanjang bergelar menantu kepada keluarga berkenaan, dimana dia antara individu yang bers£ngkang mata menjaga sal@h seorang ahli keluarga suaminya itu semasa menerima rawatan di hospital.
"Masa aku jadi menantu kau dulu siapa yang tolong masa kau s@kit? Siapa yang tunggu berjam-jam dekat hospital uruskan kau? Siapa yang tolak kerusi roda kau?
"Kalau aku tahulah korang ini perangai macam ini, baik aku tolak je wheelchair itu ke sungai. T£ruk keluarga korang ni. Semoga aku tak gag@l jadi ibu bapa seperti korang," jelasnya.
Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023. Bagaimanapun, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Hasil perkahwinan itu, Fara dikurniakan seorang anak perempuan bernama Elaine Nada yang baru dilahirkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment