"Saya memang ada niat nak buat kemunculan semula, namun dengan diri saya sekarang agak suk@r rasanya. Jadi saya anggap belum ada rezeki buat saya untuk dapat peluang itu."
Itulah ujar bekas peserta Malaysian Idol musim pertama iaitu Saiful Bakeri dimana dia menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam industri muzik tanah air selepas sekian lama menyepi.
Saiful bagaimanapun berkata, impiannya itu terbantut apabila penampilannya yang dilihat menyerupai wanita suk@r diterima dalam kalangan masyarakat.
Dalam pada itu, Saiful terus memendam hati dan menganggap belum rezeki rezeki untuk dia menyerlah sebagai penyanyi.
Sementara itu, Saiful turut berkongsi perkembangan terkini, dimana dia memperoleh pendapatan hasil daripada kerjaya sebagai jurusolek pengantin selepas tiada tawaran menyanyi.
Tambahnya lagi, walaupun keinginan untuk aktif dalam industri sangat tebal, namun jelas Saiful, belum ada sesiapa yang sanggup menawarkan undangan nyanyian buatnya.
Klik untuk gambar besar
"Tapi kalau diikutkan saya memang nak sangat berkembang kembali dalam industri muzik, cuma memang sampai sekarang belum dapat apa-apa undangan," katanya.
Sebelum ini, nama Saiful kembali tular selepas video dia sedang berkaraoke mendapat perhatian ramai kerana penampilannya yang kini menyerupai wanita, termasuk memiliki payudara.
Walaupun mendapat banyak kec@man, ada juga netizen yang memuji suara Saiful masih merdu dan sama seperti dahulu.
Sekadar peringatan, perbuatan menukar jantina dan mengubah fitrah dilarang dalam agama lslam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment