08 July 2025

ISU PAKAI TUDUNG DIPERS0AL - ISTERI FIKRY IBRAHIM TAMPIL PERJELAS, KATA MASIH DALAM PROSES BELAJAR



"Saya hanya mahu jelaskan sesuatu dari hati. Mungkin ada yang nampak saya tidak bertudung sepenuhnya lagi. Saya mahu katakan ia adalah terlalu peribadi. Saya masih dalam proses belajar, menjadi lebih matang dan cuba menjadi lebih baik setiap hari."

Demikian jelas isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim iaitu Khalizah yang tampil memberi penjelasan selepas timbul persoalan tentang penampilannya.

Kata Khalizah atau nama penuhnya, Siti Khalizah Alihan, isu berkaitan dia tidak memakai hijab dengan sempurna adalah terlalu peribadi untuk dibicarakan, malah maklumnya, dia masih lagi dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar

Berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di media sosial, Khalizah dalam masa sama juga memohon orang ramai agar terus mendoakan untuk dirinya.

Dalam hantaran tersebut, isteri Fikry itu turut berkongsi gambar dirinya dengan berpakaian serba hitam lengkap dengan tudung.
"Tolong doakan, saya cuba untuk melakukan lebih baik," luahnya yang sebelum ini menjadi bualan ramai selepas imejnya memakai hoodie dikatakan masih menampakkan sebahgian rambutnya.

Ramai yang mempers0alkan isu berkenaan ,namun ada juga yang terus berharap agar dia dapat mengubah imej ke arah lebih baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: