"Doakan keluarga kecil kami 💐," tulis pendakwah selebriti, Da'i Syed, dimana dia berkongsi foto isterinya, Hana Ismail kini sedang hamil, sekaligus menyampaikan berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua.
Syed menerusi perkongsian di media sosial, memuat naik gambar dia bersama isteri dan anak sulungnya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail serta memohon untuk mendoakan buat keluarga kecil mereka.
Melihat pada perkongsian gambar itu, 'baby bump' isteri Syed jelas kelihatan, namun tidak didedahkan usia kandungan anak kedua mereka.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dan pasangan ini dikurniakan anak sulung perempuan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment