14 July 2025

JANJI 'SWAP' RXZ DENGAN 2 BUAH X1R - ACHEY KENA T1PU KETIKA URUS NIAGA MOTOSIKAL, PEMBELI 'HILANG DARI RADAR'



"Saya baru cuba-cuba berniaga motor hasil cadangan orang ramai dan tak sangka berjaya jual tiga buah motor sendiri. Kemudian ada orang dari Johor kata nak tukar Yamaha RXZ dia dengan Yamaha X1R saya. Selepas saya setuju, dia minta nak beli sebuah lagi motosikal model sama.

"Jadi saya tanya pengikut di media sosial dan ada seorang nak jual motosikal model sama. Jadi kami capai kata sepakat. Tapi bila kami berdua dah sampai, individu terbabit terus hilang dan tidak dapat dihubungi."

Itulah jelas pelawak dan usahawan Achey, dimana dia berkongsi pengalaman p@hit apabila dit1pu ketika menjalankan urus niaga motosikal.

Klik untuk gambar besar

Kata Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 39, idea untuk jual beli motosikal datang selepas ramai pengikut di media sosial memberi cadangan agar dia mencuba bidang tersebut.

Namun begitu, tutur Achey, dia berdepan detik mengec£wakan apabila seorang individu dari Johor menghubunginya dan menyatakan hasrat untuk menukar motosikal jenis Yamaha RXZ dengan Yamaha X1R miliknya sebelum tiba-tiba menghilangkan diri.

Dalam pada itu, Achey yang menjadi orang tengah dalam urus niaga tersebut memberitahu, dia akhirnya terpaksa membeli motosikal pengikutnya itu menggunakan wang sendiri.
Berhubung kejadian berkenaan, pelawak itu bagaimanapun mengakui ia memberi pengajaran besar, terutama dalam berurusan dengan individu yang tidak dikenali secara dalam talian.

Susulan itu, Achey men£gaskan dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan hanya akan berurusan sekiranya pembeli membuat bayaran dep0sit terlebih dahulu.

"Bah@ya bila berurusan dengan orang yang suka man1pulasi. Ada pihak berkuasa beritahu saya, situasi macam itu boleh dianggap sebagai satu r0mpakan. Perkara macam ini boleh berlaku. Saya ambil iktibar daripada apa yang terjadi dan selepas ini, apa-apa urusan mesti ada dep0sit dulu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: