14 July 2025

UMUM TARIKH KONSERT MEGA - MISHA OMAR TAK SANGKA BERJAYA LEWATI HITAM PUTIH 20 TAHUN SEBAGAI SEORANG PENGHIBUR



"DiA Misha Omar bukan hanya tentang saya seorang tapi tentang bagaimana perjuangan karier yang telah menapak lebih 20 tahun dan disokong penuh oleh pemain industri dan peminat.

"Siapa sangka saya berjaya melewati hitam putih 20 tahun sebagai seorang penghibur dan konsert ini adalah titik destinasi baharu yang akan saya cipta dengan sejarah baik dan manis bersama anda semua."

Demikian tutur penyanyi Misha Omar, dimana dia merealisasikan impian peminat mahu menyaksikannya mengadakan persembahan berskala besar apabila dia kini tampil dengan Konsert DiA Misha Omar pada 29 November depan.

Klik untuk gambar besar

Selepas 20 tahun bergelar penyanyi, Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar, 43, menyifatkan konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena itu sebagai sejarah penting.

Ujarnya lagi, sepanjang bergelar penyanyi, dia tidak pernah mempunyai kelab peminat, namun sentiasa percaya dengan karya-karya bermutu yang dimiliknya.

Dalam pada itu, Misha juga menyifatkan konsert berskala besar ini sebagai sebuah 'riwayat cinta' buat peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.
Sementara itu, Double M Production menjelaskan Konsert DiA Misha Omar bukan kesinambungan kepada 'showcase' berskala kecil yang berlangsung, Disember lalu.

Mengenali Misha Omar secara peribadi, pihak pr0duksi menyifatkan penyanyi itu seorang penghibur yang sederhana tetapi meninggalkan imp@k yang besar di sebalik setiap pekerjaan yang dilakukan.

Tiket konsert DiA Misha Omar mula dijual bermula 25 Julai 2025 pada pukul 10 malam dengan harga serendah RM288 sehingga RM1,200.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: