"Sejujurnya, saya berada di tempat yang agak suk@r (untuk berdamai). Bukanlah mahu kata saya ini eg0 tinggi dan tak mahu untuk berdamai, tidak sama sekali.
"Cuma, saya mahu tengok ada perubahan (daripada Amy Search). Seandainya ada perubahan dari segi sikap (baru boleh berdamai)."
Itulah ujar penyanyi Shila Amzah, dimana dia tidak menolak sekiranya terdapat jalan untuknya dan penyanyi legenda, Datuk Amy Search menyelesaikan k0nflik yang berlaku di antara mereka sebelum ini.
Bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, sebarang usaha untuk menjernihkan keadaan hanya akan berlaku sekiranya penyanyi legenda itu menunjukkan perubahan sikap ke arah yang lebih p0sitif.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shila memberitahu, sehingga kini masih belum ada sebarang perjumpaan atau perbincangan s£rius di antara mereka berdua.
Selain itu, Shila juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali sepentas dengan Amy, namun mengakui lebih berhati-hati selepas insid£n yang berlaku.
Klik untuk gambar besar
"Saya profesional dan tidak pernah ada mas@lah dengan mana-mana pihak selama 25 tahun ini. Lagipun industri ini kecil, masing-masing kena pandai jaga diri sendiri," tutur penyanyi lagu 'Pat@h Seribu' itu.
Sebelum itu, Shila berkongsi kejadian dis£rang seorang penyanyi legenda dalam satu hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.
Shila juga mengesahkan bahawa individu yang mengh£rdiknya ketika sesi latihan untuk sebuah konsert itu ialah Amy.
"Saya sahkan beliau adalah bapa Nabila Huda. Kepada yang mengaitkan Awie dengan isu ini, tolong hentikan.
"Laporan polis pun sudah dibuat dan keterangan individu berkaitan sudah diambil. Jadi saya serahkan kepada polis untuk jalankan sias@tan," katanya.
Disamping itu, Shila memaklumkan, laporan polis dibuat untuk mendapatkan perlindungan, susulan anc@man diterimanya dari penyanyi legenda itu.
"Laporan polis yang dibuat bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Yang sal@h tetap sal@h. Tapi demi keselamatan diri dan kesihatan ment@l saya, laporan itu perlu dibuat. Macam mana saya mahu bekerja kalau mendapat anc@man sebegini?
"Apa pun k£s ini masih dalam sias@tan polis, saya menghormati keputusan pihak berkuasa dalam mengendalikan perkara ini. Kalau boleh saya tak mahu g@nggu proses tersebut," kongsinya.
Polis juga sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan daripada Shila.
Hasil sias@tan mendapati tindakan Amy itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment